Header Ads

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak | Nantikan drama terbaru menampilkan pelakon Emma Maembong dan Hisyam Hamid dalam Drama Sayang Papa Saya Tak? Drama ini hasil daripada adaptasi novel karya Hanni Ramsul. Saya kongsikan senarai pelakon dan sinopsis drama Sayang Papa Saya Tak?

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Drama Sayang Papa Saya Tak diarahkan oleh pangarah Amie Mazaih dari terbitan Suhan Movies & Trading. Drama ini turut digandingkan dengan pelakon-pelakon lain seperti Eleena Sui, Wan Sharmila, Aida Khalida dan ramai lagi.

Drama ini akan disiarkan untuk tontonan umum bermula bulan Februari tahun 2017 di saluran Astro Ria. Drama Sayang Papa Saya Tak bersiaran selama 16 episod.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak


Senarai Pelakon Drama Sayang Papa Saya Tak


● Hisham Hamid sebagai Farish
● Emma Maembong sebagai Raisya
● Izara Aishah sebagai Kasih
● Wan Sharmila sebagai Azyan
● Eleena Sui sebagai Aleya
● Aida Khalida sebagai Puan Rogayah

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak


Drama ini bermula dengan mengisahkan seorang gadis muda yang spontan iaitu Raisya. Dia juga seorang yang mata duitan dan enggan menyambung pelajaran. Raisya mula bekerja di rumah keluarga Farish sebagai pengasuh bayi setelah nekad melarikan diri daripada rumah anak yatim.

Kecekapannya mengasuh anak Farish yang dijaganya membuatkan mak Farish tersentuh hati dan mengatur supaya Farish mengahwini Raisha. Disebabkan kematian isteri Farish, sejak dari itu dia murung dan didesak oleh ibunya untuk menerima Raisya. Raisya setuju berkahwin jika mendapat imbuhan RM100,000. Nak apa terjadi selepas itu, anda jangan lupa nantikan drama Sayang Papa Saya Tak di Astro.

Selamat menonton drama Sayang Papa Saya Tak yang akan bersiaran bulan Februari tahun depan nanti.

No comments

Powered by Blogger.