Header Ads

5 Panduan Buat Duit Dengan Blog

5 Panduan Buat Duit Dengan Blog | Anda percaya kini dengan adanya blog, anda boleh menjana duit dari blog? Benarkah? Bagaimana pula cara jana pendapatan daripada blog? Pastinya anda ingin tahu kan.


5 Panduan Buat Duit Dengan Blog

"Wowww, RM1000+ sebulan!"

Tapi, ada blog yang boleh dapat sampai RM50,000. Ratusan pun ada!


Tak mustahil anda pun boleh buat duit dengan blog?


Adakah anda seorang blogger? Jika jawapannya ya. Pastikan anda membaca cara-cara menjana duit dari blog? Ada yang pernah tahu dan ada yang masih ingin tahu. BLOGGER bukan saja setakat menulis, tapi blog boleh dijadikan hasil income bulanan? Percaya ka tidak? Ni bukan PROPA!





Panduan Buat Duit Dengan Blog


1. Cara Buat Duit Dengan Pengiklanan


Rasanya buat duit dengan pengiklanan cara yang paling famous dalam kalangan blogger. Nak tahu kenapa? Jika anda berminat cari income tepi dalam blog, terdapat pelbagai pengiklanan yang telah disediakan contohnya seperti ADSENSE, NUFFNANG, INNITY, SHARE 8, REVENUEHITS, H12, ADNOW dan sebagainya.


[+] Baca juga artikel ini >>> Tutorial Cara Cashout Google Adsense

Masa sekarang rasanya Adsense paling mantap dan bergaya untuk janakan duit. Saya pasti semua blogger inginkan pengiklanan sebegini. Sebabnya saya pernah dapat pulangan duit daripada iklan ini.


Bagaimana ia proses? Hanya letakkan code iklan tersebut di dalam blog anda. Jika pelawat atau visitor masuk ke blog anda, berkemungkinan mereka akan klik iklan tersebut dan daripada hasil klik komisyen masuk ke akaun anda. Mudah ja kan! Tapi kena ada jumlah pelawat yg tinggi. Peluangnya lagi tinggi INCOME!



2. Cara Buit Duit Dengan Review Produk / Berbayar


Untuk buat duit dengan review produk berbayar, anda perlu aktif dan tonjolkan diri bakat anda dalam penulisan blog. Bagaimana? Nyatakan kelebihan blog anda? Contohnya trafik blog anda, pagerank dan juga rasanya berguna berikan alexa rank.


Bagi pendapat saya gaya penulisan itu lebih penting dengan sokongan jumlah trafik harian atau bulanan yang kukuh serta dikreditkan oleh kedudukan ranking alexa anda.


Blogger ni umpama macam duta produk juga. Contoh, kalau anda diupah oleh client seperti produk ANELL, anda hanya perlu tolong promosikan produk mereka, sama ada gambar di ig atau FB dan juga blogpost. Hasil daripada itu mereka akan membayar kepada anda dengan purata saya jangkakan RM100+ ke atas bergantung persetujuan kedua-dua pihak.



3. Cara Buit Duit Dengan Affiliate


5 Panduan Buat Duit Dengan Blog

Jika anda berminat dengan affiliate, maknanya rajin2 tulis mengenai produk orang yang terdapat seperti TudungSiComel, Klikjer, InvolveAsia, JSSecurepay, Amazon, Lazada, Zalora, Commision Junction dan banyak lain. 


Pautan : Cara Jana Duit InvolveAsia Dengan Mudah

Untuk produk digital, selalunya peratus komisyen agak tinggi lebih kurang 40% hingga 70%. Hasil daripada pelawat masuk dan berkenan beli produk yang anda promosikan dalam blog, hasil itu anda layak diberi komisyen setelah berjaya menjual produk tersebut.


Rasanya orang yang paling layak untuk anda tuntut ilmu affiliate ialah Encik Titan owner blog ahmadfaizal.com.



4. Cara Buit Duit Dengan Servis Blog


Jika anda pakar dari segi coding atau edit blog, buat header dan buat banner selayaknya anda perlu mencari income dari sini. Memang berbaloi! Saya jamin! Anda hanya reka atau ubah sesuatu blog, jadikan ia cantik berkena dengan SEO, anda boleh janakan duit dengan beratus-ratus ringgit.


5. Cara Buit Duit Melalui Letak Ruang Iklan



5 Panduan Buat Duit Dengan Blog

Menjana duit melalui ruang iklan salah satu cara yang agak femes digunakan oleh blogger. Rasanya pakej ruang iklan yang paling digunakan adalah iklan sidebar. Anda hanya perlu buat ruang iklan di blog dan letakkan harga yang berpatutan dengan trafik blog anda. Biasanya dalam lingkungan RM10 ke atas. Jika blog anda dah terkenal, boleh demand harga agak tinggi.


Kenapa anda patut mulakan jadi seorang blogger sekarang? Anda hanya mendaftar platform blogspot dengan modal ZERO dan dapatkan duit daripada blog. MUDAH kan tapi perlu ada usaha. Sebenarnya, ada lagi cara untuk buat duit dengan blog, tapi penulis hanya kongsikan setakat itu saja.


Diharapkan perkongsian ini mengenai cara buat duit dengan blog, jadikan informasi ini sebagai pembakar semangat untuk anda mulakan sebagai seorang blogger yang benar-benar mencari income. Nasihat saya rajinkan bertulis dengan penulisan yang unique dan mesra seo.



5 Panduan Buat Duit Dengan Blog

Apa yang saya kongsikan ini ada hasil daripada pengalaman saya sendiri dan juga dalam proses ingin mencapai ke arah yang lain. Bukan mudah untuk dapatkan duit, tapi akan mudah jika anda memberi komitmen terbaik terhadap blog anda. Semoga anda berjaya!

2 comments:

  1. Salam singgah sini...menarik info yang di kongsikan...

    ReplyDelete
  2. wow boleh try ni.. smbil berblog smbil buat duit

    ReplyDelete

Powered by Blogger.