Header Ads

Tutorial: Cara cashout Google Adsense anda melalui Western Union

Begi mereka yang baru nak kenal apa itu Google Adsense secara ringkasnya adalah jana pendapatan pengiklanan dari google (iklan Google Adwords) di blog kita. Bila iklan google muncul di blog kita, dan pembaca atau pelawat blog kita klik iklan tersebut, kita akan dapat bayaran. Bayaran adalah berbeza mengikut ‘harga’ sesuatu iklan. Ada yang 1 klik kita dapat 10 sen, ada juga yang 1 klik kita dibayar sehingga USD2 atau pun lebih.
Saya menjalankan program buat duit dengan Google Adsense ini sejak tahun 2015 lagi. Baru ja lagi dalam bulan 12 camtu. Apabila pendapatan Google Adsense sudah melebihi USD100, barulah layak untuk dikeluarkan. Ingat US$100 ke atas ja korang boleh ambik duit.
Cara Terima Wang Dari Google Adsense:
  • Melalui CEK. Google akan pos kan cek ke alamat rumah anda. Anggaran 3-4 Minggu untuk sampai. Jika nak express, anda akan dicaj sebanyak USD24. Mungkin boleh sampai kurang dari 1 minggu. Selepas anda terima cek pula, anda perlu cek deposit melalui kaunter bank. Rasanya tidak boleh guna machine cek deposit sebab cek ni luar negara. Dan paling terasa sekali adalah caj untuk clearkan cek ni dan dalam masa 4-5 minggu untuk clear. Anggaran caj adalah USD10 dan berbeza mengikut bank. Kesimpulannya, jika income pada bulan Januari, google akan isue cek pada minggu ke-3 bulan Feb. Cek akan sampai dalam pertengahan bulan Mac. Dan selepas clearkan, barulah duit anda masuk dalam akaun bank anda pada bulan April. Dah la makan masa, pulak tu ada caj tambahan…
  • Keluarkan cara Western Union (sangat-sangat recommended). Bukan sahaja cara ini sangat cepat, malah tiada caj langsung dikenakan! Jika income anda bulan Januari sudah layak (lebih USD100), maka pada minggu ke-3 bulan Febuari dah dapat details untuk western union ni. Salin butiran, dan terus pergi ke bank untuk keluarkan CASH!
Jom saya ajarkan bagaimana cashout Google Adsense melalui cara Western Union.
Mula-mula sekali pastikan anda ubah payment setting di akaun Google Adsense anda. Sila pilih ‘Western Union’. Dan pastikan anda letak nama sebijik dengan nama anda dalam IC (MyKad). Bahagian alamat kalau boleh sama dengan alamat IC lagi bagus.
** jika akaun adsense anda tidak dipaparkan “western union’ sila klik button “Add new form of payment…” dan pilih lah western union.
Apa itu Western Union?
westernunion_logo
Mesti anda pernah dengar kan? Cuma tak pernah nak pakai je.. ianya melibatkan uruskan penghantaran kiriman wang dan penerimaan wang serata dunia. Nak tahu kat mana ada servis western union ni? biasanya ada di pejabat pos dan bank-bank terpilih seperti Ambank, CIMB, Agro Bank dan BSN. Selain Bank ada juga outlet yang berikan perkhidmatan western union seperti Alif Money Changer Sdn Bhd.
Boleh rujuk sini untuk senarai lengkap servis Western Union mengikut kawasan dan negeri. Dan ada juga outlet yang dibuka pada hari Sabtu & Ahad seperti Kuwait Finance Bank.
Bila Pihak Google Adsense akan inform kita sekiranya mereka sudah hantar wang..?? Sekiranya dah ada perkataan “Payment Issued” maka wang anda sudah dihantar!
Sila klik “details” untuk butiran lanjut dan akan dipapaparkan seperti dibawah:
Dan anda juga digalakkan untuk klik “Statement of Earnings” untuk dapatkan butiran bukti pendapatan anda sebagai penerima.
Dan sila PRINT statement ini dan bawa sekali ke bank bila nak keluarkan duit. Lain bank / outlet, lain caranya. Ada yang kadang-kadang tak percaya kita dapat duit dari Google, nanti banyak soal jawabnya. Better bawa je statement ini sebagai bukti. Habis cerita.. :)
So, bila dah ada butiran yang diperlukan, boleh lah pergi ke mana-mana cawangan western union. Saya tunjukkan contoh di sini paling mudah adalah guna bank ambank. 
Di Malaysia ni sangat popular orang gunakan western union sebagai cara nak HANTAR WANG. Dan sangat jarang sekali untuk TERIMA WANG. So, anda perlu tahu borang untuk terima wang adalah warna kuning. Kalau takde kat meja borang boleh refer kat kaunter cakap nak terima wang.
Pastikan MTCN number diisi dengan betul.. itu saja.. Dan hasilnya, dapat terus wang tunai..!! 
Kredit - nasoha.com 

No comments

Powered by Blogger.