Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online Dan SMS

Anda tahu kini boleh menyemak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online Dan SMS? Bagaimana cara membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan awam/ kerajaan dengan cara mudah? 

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Secara Online Dan SMS

Untuk makluman, mulai dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan Online Dan SMS


Berikut dikongsikan oleh penulis bagaimana cara membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara Online dan menerusi SMS:

1. Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online

Pengguna baru dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Jika dah berjaya, anda boleh buat semakan secara atas talian (online) melalui Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB). 




Pengguna yang telah mendaftar akan mendapat akses perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyemak status permohonan baru, status baki pinjaman, status bayaran kemajuan, bayaran balik pinjaman, penyata tahunan dan penghantaran hakmilik.


  • Anda hanya klik SEMAK untuk menyemak status baki pinjaman


2. Semakan Baki Pinjaman Melalui SMS


Anda juga boleh buat semakan melalui khidmat SMS (mySMS 15888). Berikut adalah langkah membuat semakan :-


  • Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan


Contoh LPPSA BAKI 770311054786
Kemudian hantar SMS ke 15888

Diharapkan dengannya cara semakan yang mudah ini, semoga ianya boleh dijadikan panduan buat kakitangan kerajaan / awam dalam membayar balik pinjaman perumahan mereka. Selamat membuat semakan.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje December 05, 2016
semua kat hujung jari.. btuah tul zaman skg ni