Header Ads

Cara Buat Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Online

Cara Buat Permohonan dan Kemaskini BR1M 2018 Online | Tahu anda bagaimana cara nak buat permohonan baharu BR1M yang tidak pernah memohon lagi? Penulis ingin kongsi membuat Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M. Dijangkakan penerima yang sedia ada oleh boleh kemaskini maklumat anda mulai bulan Disember 2016. Permohonan baharu masih belum dibuka lagi dan tarikh akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari e-BR1M.

Untuk pengetahuan, kadar baharu BR1M yang menerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, sebaliknya anda hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan dan penting yang berubah seperti alamat terkini, maklumat akaun bank, maklumat ahli isi rumah dan lain-lain lagi.

Cara Buat Permohonan dan Kemaskini BR1M 2017

Cara Memohon dan Kemaskini BR1M 2018


Memohon dan Kemaskini BR1M Secara Online


Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BR1M secara online melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia iaitu di pautan :


Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih.

[+] Baca juga >>> Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017

Memohon dan Kemaskini BR1M Melalui Borang


Permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian juga boleh dibuat secara lisan dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017.

Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM , Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau Pejabat Daerah.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BR1M, sila hubungi ;

○ Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
○ Email kepada br1m@treasury.gov.my

Baca juga :
● Cara dan Tarikh Pembayaran BR1M 2017
● Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017

Semoga panduan ini cara memohon dan kemaskini BR1M 2017 Online memberi maklumat kepada bakal penerima baharu atau yang pernah dapat untuk membuat pengemaskinian.

3 comments:

Powered by Blogger.