Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 2016

Bakal menemui anda drama bersiri terbaru iaitu Drama Isteri Tuan Ihsan? Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Sara Kyoko yang akan ditayangkan pada 5 Disember 2016 di saluran TV Astro. Mesti anda tak akan lepas dengan pelakon kacak dan sado iaitu Aaron Aziz dan heroin cantik manis iaitu Amyra Rosli.


Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 2016

Di bawah ini penulis kongsikan sinopsis drama Isteri Tuan Ihsan dan juga barisan pelakon yang membarisi drama Isteri Tuan Ihsan ini. Jika anda ingin menonton drama terbaru ini, jangan lupa saksikan pada pukul 10 malam mulai 5 Dis setiap hari Isnin hingga Khamis. Jangan terlepas drama ini hanya bersiaran sebanyak 20 episod.


Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan Astro 2016

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 2016


Senarai Pelakon Drama Isteri Tuan Ihsan

Di bawah adalah dikongsikan barisan senarai pelakon Drama Isteri Tuan Ihsan yang melakonkan watak drama ini;

  • Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan Iskandar
  • Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina
  • Gambit Saifullah sebagai Haziq
  • Harris Baba sebagai Dr Zaim
  • Mardiana Alwi sebagai Ratnah
  • Nazia Mustafar sebagai Kak Maznah
  • Doria Rachel Jolly sebagai Fathin
  • Ruzana Ibrahim sebagai Hanani

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan


Drama ini bermula dengan seorang gadis remaja yang bernama Seroja Irdina yang membesar di kota dan hidup penuh dengan berfoya-foya. Beliau kerap ke kelab malam untuk berhibur dan juga seorang pelajar universiti. Pada masa itu, Tuan Ihsan seorang yang kaya raya mengingati semula kisah silamnya yang bergelumang dengan dosa. Disebabkan duka hatinya menyebabkan dia menghindar diri untuk bercinta lagi. Bagaimana pertemuan antara mereka? Nak tahu kesudahan cerita ini, nantikan drama Isteri Tuan Ihsan mulai 5 Disember ini.

Bagi peminat drama Melayu adaptasi dari cerita novel, jangan lepaskan peluang tonton drama bersiri terbaru Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria yang diarahkan oleh pengarah Raja Ahmad Alauddin.

{ 7 comments.. read them below or add one }

husna zahidi husna zahidi December 06, 2016
macam best jaa gandingan dua ketul ni.. hihii..
Elih Japahar Elih Japahar December 06, 2016
Nampak Amira Rosli teringat lagu Biar Saja..haha..
Wan Irham Wan Irham December 28, 2016
Sapa nama bodyguard tuan ihsan
Wan Irham Wan Irham December 28, 2016
Nama bodyguard tuan ihsan
Sofi Sofi February 13, 2017
sape nama bodyguard tan sri syamsudin tu ek?