Kadar Baharu BR1M Tahun 2017 Bagi Semua Kategori Penerima

Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal dan mendapat maklum balas yang positif di mana setiap tahun dalam bajet jumlah BR1M akan terus dinaikkan. Menerusi pengumuman Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, jumlah bayaran BR1M telah dinaikkan untuk semua kategori penerima.

Bagi permohonan baru BR1M kepada bakal baharu yang mahu memohon untuk tahun 2017, anda boleh dapatkan borang atau lebih mudah anda hanya mengisikan maklumat berkaitan secara online dan juga untuk pengemaskinian.


Sehubungan itu, untuk tahun 2017 kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:

Pertama : Kategori e-Kasih

BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 1 ribu Ringgit akan dinaikkan daripada RM1,050  kepada RM1,200.

Kedua : Berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000

BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Ketiga : Berpendapatan di bawah RM3,000

BR1M kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 bulanan, ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Keempat : Kategori Individu Bujang di bawah pendapatan RM2,000

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Menurut Najib, skim khairat kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.

Dengan kenaikan bayaran BR1M untuk tahun 2017, semoga ia dapat memberi manfaat kepada golongan kategori penerima yang layak menerimanya dan juga bakal permohonan baru yang rasa layak untuk dimohon.

2 comments.. read them below or add one

Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli Oktober 22, 2016
Kadar BRiM naik ye.. Semoga digunakan sebaiknya..