Header Ads

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Pernah anda bercuti di Penang? Jika kalau anda bercuti ke Penang tak sah kalau tak pekena pasembur, nasi kandar, char koey teow, laksa penang dan macam-macam lagi. Kalau nak cari tempat makan best di Penang mesti jadi keutamaan untuk anda cuba di sini.

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Jom kita tengok beberapa tempat makan best yang sedap di Penang yang popular di kalangan orang Penang dan sebelah utara. Jom kita lihat apa yang menarik di sini.

5 Tempat Makan Best Di Penang


1. Restoran Hameediyah

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Sebut saja restoran Hameediyah pastinya anda tahu salah satu nasi kandar sangat popular di kalangan penduduk tempatan yang telah bertapak lama sejak tahun 1907. Serius memang mantap kalau anda cuba makan di restoran nasi kandar Hameediyah walaupun memang banyak lagi nasi kandar di Pulau Pinang.

Keistimewaan di sini adalah keenakkan karinya yang telah diiktiraf oleh pelbagai chef termasuk di luar negara. Selain itu, murtabak juga menjadi pilihan orang di sini bagi yang ingin cuba boleh datang pekena murtbak restoran Hameediyah. Dengan harganya yang berpatutan dan konsisten sebab itu restoran jadi pilihan orang Penang.

2. Abang Misai Char Koey Teow

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Pasti anda pernah dengar Abang Misai Char Koey Teow yang guna tagline " telur ayam di basuh". Memang sempoi char koey teow di sini telur di basuh tidak sepertimana di tempat yang lain yang tidak mengambil tentang kebersihan telur.

Apa yang menarik di sini yang menjadi pilihan iaitu Char Kuey Teow, Kuey Teow Ala Cina dan Nasi Goreng Udang! Apa kelainan rasa char koey teow di sini adalah ramuan sos kicap cair hasil abang misai sendiri owner kedai makan ini. Kalau dah singgah di sini, jangan tak cuba char koey teow special, memang puas korang.

3. De Pauh Garden

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Jika anda berada di tanah besar Pulau Pinang, jangan tak singgah pula di Restoran De Pauh Garden yang terletak di Permatang Pauh. Sebenarnya, makanan di sini berkonsepkan pelbagai jenis makanan melayu, thai dan barat.

Kalau anda jenis gemar makan makanan western, selayaknya anda cuba di sini. Memang terbaik chicken chop spicy yang sangat padan dengan harga. Tak dinafikan De Pauh Garden makanan ala-ala barat yang patut anda singgah.

4. Fisherman Grill

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Kalau anda ingin cuba makanan laut yang segar dengan masakan ala-ala barat jangan lupa singgah di Fisherman Grill. Apa yang bestnya ikan-ikan dan makanan laut di sini sangat segar sesuai dengan nama restoran itu 'fisherman'.

Antara menu keutamaan yang berasaskan ikan perlu anda cuba adalah jenahak, siakap, kerapu, udang galah dan sebagainya. Pasti anda cuba semestinya Udang Harimau dengan Seafood Thermidor! PEHH...serius memang gempak kalau anda singgah makan di sini.

Fisherman Grill juga turut menyediakan menu makanan yang berasaskan ayam dan daging lembu dan kambing. Dan antara menu yang patut anda cuba adalah Bombay Lamb! Mesti terliur korang. Kalau anda nak makan di sini hanya buka hari Selasa sehinggalah hari Ahad.

5. Laksa Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

5 Tempat Makan Best Di Penang Pasti Anda Cuba

Kalau anda berada di Balik Pulau jangan tak lupa singgah di kedai makan Laksa Janggus, di mana laksa ini sangat popular di Pulau Pinang. Serius beb memang puas rasa laksanya dan Ais Batu Campur yang sangat terbaik.

Apa yang menariknya, kuah laksanya yang dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai makan ini. Kedai ini dibuka dari 3.30 petang hingga 8.00 malam, jika anda singgah di sini jangan lepas makan laksa ini sehebat laksa Kedah.

Sebenarnya, ada lagi tempat makan menarik di Penang. Penulis hanya kongsikan 5 tempat makan ini hanya pilihan diri sendiri. Jika anda bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah di tempat makan yang tersenarai di atas ini.

Sumber gambar : Google

No comments

Powered by Blogger.