Header Ads

5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi

5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi | Sudah semestinya musim cuti sekolah, ibu bapa pasti telah merancang untuk bercuti bersama-sama anak mereka. Tapi persoalannya tempat apa yang menarik untuk dikunjungi di Malaysia? Adakah bercuti di Cameron Highlands atau pun Pulau Langkawi? Kedua-dua tempat ini kebiasaannya menjadi pilihan untuk bercuti setiap cuti sekolah.


5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Rasanya artikel kali ini penulis ingin kongsikan tempat menarik yang ada di Langkawi. Pastinya akan membuat anda tertarik untuk melancong ke sebuah pulau bebas cukai tersebut. Langkawi adalah salah sebuah pulau yang terkenal dengan pantainya yang indah dan bersih. Oleh sebab itu, membuatkan Langkawi antara tempat yang paling popular di Malaysia.

Tidak perlu dipertikai lagi, Langkawi adalah syurga buat pelancong untuk membeli belah kerana harganya yang rendah termasuklah terdapat beberapa tempat yang anda perlu lihat sebelum meninggalkan pulau ini, jadi mari lihat senarai lengkap mengenai 5 tempat menarik di Pulau Langkawi.

5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi


1. Langkawi Eagle Square – Dataran Lang (Kuah)

Dataran-Lang atau lebih dikenali sebagai Eagle Square merupakan tempat yang mempunyai daya tarikan buatan manusia, sebuah ukiran patung berbentuk seekor helang yang hendak terbang. Pemandangan ini telah menjadi ikon untuk para pelancong pergi bercuti di Pulau Langkawi. Seolah-olah ia satu pemandangan indah untuk menyambut para pengunjung datang ke pulau ini melalui feri, patung yang berketinggian 12 meter ini adalah salah satu monumen yang mudah dikenali di pulau ini.

Selain itu juga, Dataran Lang mempunyai air-pancut yang cantik, teres dan jambatan, menjadikan ia tempat yang ideal dan special untuk gambar percutian yang sempurna sebagai moment paling indah berada di sini. Dataran tersebut adalah tempat yang sesuai untuk melihat feri berulang-alik di seluruh perlabuhan. Helang berwarna perang-kemerahan yang telah dibina di Dataran Lang sebagai mercu tanda pulau ini.
Maka tidak hairanlah tempat ini menjadi pilihan pelancong jika bercuti di Pulau Langkawi dek kerana juga bersebelahan dengan Taman CHOGM and Taman Lagenda Dalam Langkawi, selain itu monumen ini juga berhampiran dengan kedai-kedai bebas cukai yang terbaik di Langkawi dan Jetty Point Mall khasnya buat penggemar kaki shopping.

2. Langkawi Underwater World (Pantai Cenang)

Langkawi Underwater World yang berkeluasan sebesar enam ekar adalah salah satu daya tarikan yang terkenal di pulau ini. Terletak di penghujung selatan Pantai Cenang bersebelahan dengan Zon pusat membeli-belah bebas cukai , di mana Langkawi Underwater World merupakan akuarium terbesar di Malaysia.
Struktur rumah berwarna putih yang besar ini menempatkan lebih kurang 200 spesies yang berbeza daripada laut dan ikan air tawar termasuk anjing laut pelabuhan, pari gergasi, jerung, penguin Rockhopper dan juga ikan air tawar terbesar dunia iaitu Arapaima Amazon.


5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Langkawi Underwater World ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hutan Hujan Tropika, Temperate dan Sub-Antartik. Sekiranya anda memasuki di Sub-Antartika adalah bahagian yang paling popular, di mana para pelancong akan lihat kelibat ‘penguin-arium’ rumah Rockhopper kecil yang comel dan penguin berkaki hitam.
Selain itu juga, Underwater World yang mesra pelancong ini turut menyediakan Pusat Sumber Pendidikan, sebuah cafeteria dan teater tiga-dimensi (3D). Akhir sekali, terdapat lorong pejalan kaki dibawah 6 juta liter terowong tangki air yang menempatkan ikan yang banyak termasuk ikan yu, penyu hijau dan ikan pari gergasi.
3. Kereta Kabel Langkawi (Pantai Kok)

Kereta Kabel Langkawi juga adalah salah satu pilihan buat pelancong untuk cuba di sini. Dek kerana ia merupakan pintu masuk menuju kereta kabel Langkawi, yang memerlukan pengunjung melalui jalan ke Gunung Mat Cincang iaitu puncak kedua tertinggi pulau Langkawi. Sudah semestinya ia jadi pilihan dengan suasana pemandangannya yang indah dan udaranya nyaman.

Selepas kira-kira 600 meter ia bergerak, kereta kabel sampai ke stesen pertama, di mana anda diberi pilihan untuk sama ada menaiki kereta kabel lain untuk naik ke puncak atau pun turun di sini untuk menikmati pemandangan di sekitar yang indah. Rata-rata pengunjung tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama disini, kerana mereka ingin melihat pemandangan yang lebih menarik di puncak.

Para penumpang akan dihiburkan dengan pemandangan yang lebih tinggi oleh hutan hujan tropika dan bukit-bukau di bawah. Disyorkan jangan tak bawa pula baju sejuk dek kerana keadaan di sini adalah yang paling sejuk dan dalam masa yang singkat anda akan sampai ke stesen terakhir. Penumpang akan meninggalkan kereta kabel itu dan disambut oleh kedai-kedai yang menjual cenderamata, snek dan minuman serta patung. Boleh lah di sini anda membeli ole-ole buat rakan-rakan anda.

4. Langkawi Jambatan Langit (Pantai Kok)

Semestinya anda tidak akan terlepas berkunjung di Langkawi Sky Bridge yang terletak di hujung perjalanan kereta kabel. Pasti anda ingat filem Bollywood DON yang turut menjalankan penggambaran di sini. Jambatan Langit adalah sebuah jambatan pejalan kaki melengkung 410 kaki panjang di atas Gunung Mat Cinchang. Bagi mereka yang gemar berswafoto di sini adalah momen terbaik untuk jadi koleksi peribadi gambar.
5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi
Jika anda berada di sini, anda akan dapat lihat sebuah tangga sempit yang potong jalan melalui hutan terus ke dek pemerhatian, point tertinggi di mana anda dapat melihat pemandangan langit dan laut yang luas dari sini. Malah, anda juga dapat melihat pulau Tarutao di Thailand dari sini. Walaupun ia adalah pengalaman yang agak mencabar dan mengerikan berjalan merentasinya, sebenarnya ia adalah sangat berbaloi. Di sinilah peluang untuk mendapatkan gambar yang cantik adalah sangat cerah.

5. Lawatan Pulau Langkawi (Island Hopping Tour)

Langkawi Hopping Tour salah satu keistimewaan yang perlu anda lakukan jika bercuti di sini. Anda akan menerokai pulau-pulau kecil yang paling terkenal di Langkawi. Anda nak tahu apa aktiviti Langkawi Hopping Tour. Pertama, anda akan dibawa ke Pulau Singa Besar- Pulau Singa Besar untuk melihat kehijauan dan di tengah laut bot akan berhenti dan anda akan berpeluang melihat raja haiwan di sini iaitu burung helang terbang di atas. Pasti anda tak akan lepaskan peluang ini.

Perhentian seterusnya adalah Pulau Dayang Bunting terkenal dengan bentuk seorang gadis yang mengandung daripada pandangan jauh memang sangat mengagumkan dan terpesona, dek kerana itu juga Tasik Dayang Bunting dilimpahi dengan air yang dikatakan ‘miracle’ adalah satu lagi pemandangan yang menakjubkan.
Lawatan di akhiri dengan kunjungan ke Pulau Beras Basah lagi satu pantai Langkawi yang mempunyai air yang jernih dimana anda boleh berehat dan berendam di bawah sinaran cahaya matahari dan laut setelah seharian meluangkan masa meredah ke Pulau Dayang Bunting dan memberi helang makan.
Best kan bercuti di Pulau Langkawi. Memang kenangan indah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Jika anda sedang merancang untuk bercuti, saya syorkan Pulau Langkawi adalah pilihan tepat yang patut anda kunjungi ketika musim cuti sekolah. Sebenarnya, ada lagi tempat menarik di sini, tapi penulis hanya kongsikan 5 Tempat Menarik di Pulau Langkawi sahaja. Semoga informasi ini dijadikan panduan untuk anda bercuti di sini.
Kredit gambar : google

No comments

Powered by Blogger.