Senarai 12 Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 31

Tahu lagu apa yang layak ke final Anugerah Juara Lagu ke 31? Sebanyak 12 lagu popular tepati ramalan ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL) selepas selesai peringkat Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 yang berlangsung sebentar tadi.

Peringkat Separuh Akhir itu menampilkan juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS selaku ketua juri, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, AG Coco, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Abu Hassan dan Azlan Typewriter.

Pautan : Senarai Lagu Layak Ke Separuh Akhir Pertama & Kedua AJL 31

Senarai 12 Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 31

Terdapat juga beberapa lagu yang tak dijangka layak ke pentas final AJL ke 31 seperti Hang Pi Mana dan Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino. Manakala penobat juara AJL musim lalu Akim & The Majistret turut layak ke final sekali lagi dengan lagu Obses.

Senarai Lagu Layak Ke Final Anugerah Juara Lagu 31

Berikut adalah 12 lagu yang layak ke final Anugerah Juara Lagu ke 31:

1. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
2. Terakhir - Sufian Suhaimi
3. Sudah Ku Tahu - Projektor Band
4. Selamanya Cinta - Alif Satar & Sheila Amzah
5. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
7. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
8. Obses - Akim & The Majistret
9. Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
10. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
11. Hang Pi Mana - Khalifah Band
12. Anugerah Terindah - Black

Baca juga : Biodata Aiman Tino Penyanyi Lagu Ku Rela Dibenci

Semoga lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 31 dapat memberikan satu persembahan terbaik kepada peminat muzik di luar sana pada 22 Januari 2017 tahun hadapan nanti.

2 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 12, 2016
hang p mana pun masuk... terbaik la
zik zik November 12, 2016
ramai muka baru yang dapat ke ajl...