Aktiviti Menarik Percutian Di Taman Tasik Taiping

Pernah anda melancong di Perak? Tempat apa yang menarik di Perak untuk dilawati? Kalau anda seorang kaki travel ingin pergi melancong ke Perak, mesti tak akan lepas melawati Taman Tasik Taiping yang terletak berhampiran dengan Zoo Taiping.

Aktiviti apa yang menarik di Taman Tasik Taiping? Baca lebih lanjut... hujung minggu lepas bersamaan 6 Nov 2016 hari Ahad aku sekeluarga bercuti di Taman Tasik Taiping, bagi aku ini kali kedua aku pernah kunjungi tempat itu. Sungguh mengujakan! Ramai betoi pengunjung bersiar-siar atau riadah di sini.

Aktiviti Menarik Percutian Di Taman Tasik Taiping


Luas sebenarnya Taman Tasik Taiping ni... tak terkata dengan panorama tasik yang sangat indah dan tenang bagi aku. Dibarisi dengan pokok-pokok besar 'angsana', dahannya memanjang dari jalan ke air yang sangat popular bagi pengantin baru untuk photoshooting di sini.

Sebenarnya taman yang dibina di atas lombong bijih timah yang terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880. Taman ini mempunyai 10 buah tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempersonakan, trek untuk berjoging dan refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar.

Antara aktiviti di Taman Tasik Taiping seperti adanya gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, menunggang basikal, beriadah di taman permainan dan macam-macam aktiviti lagi. Anda boleh lihat gambar yang saya tangkap sendiri di Taman Tasik Taiping.

Aktiviti Menarik Percutian Di Taman Tasik Taiping

Aktiviti Menarik Percutian Di Taman Tasik Taiping

Bercuti Tempat Menarik Di Taman Tasik Taiping


1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 12, 2016
tak penah smpai perak :(