Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Segala puji bagi Allah S.W.T yang menjadikan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari. Ia adalah suatu perayaan yang Allah khaskan buat umat Islam pada setiap minggu. Kelebihan Jumaat ini tidak dikecap umat terdahulu. Saya terasa ingin kongsikan bersama.

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Pada hari Jumaat juga ada solat fardhu dua rakaat yang dilakukan setiap hari Jumaat menggantikan Solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah Jumaat. Solat Jumaat hukumnya adalah fardhu kifayah iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.

Kelebihan Hari Jumaat

1. Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat.

2. Hari bagi kaum muslimin

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Nabi Muhammad SAW dalam masjid untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengar dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa, nasihat-nasihat dan doa.

3. Hari terselamat seksa kubur

Orang yang meninggal hari Jumaat, inshaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.

4. Meninggal pada hari Jumaat sebagai tanda 'Husnul Khatimah'

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda 'Husnul Khatimah' iaitu dibebaskan daripada fitnah (azab) kubur.

5. Hari hidayah daripada Allah SWT

Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak berikan umat-umat lain sebelumnya.

Sebenarnya lagi kelebihan hari Jumaat yang umat Islam patut ketahui. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang memperoleh pahala dan fadilat hari Jumaat.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 11, 2016
Istimewaan nya jumaat ni, kalau mati jumaat alhmdulilah kan..