Header Ads

Panduan Kenali Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

Assalamualaikum para muslimin...

Pernah anda terfikir cara kenali logo HALAL sebenar? Saya akan berkongsi bagaimana hendak mengenali logo halal Malaysia tulen yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dengan pengetahuan ini, memudahkan anda untuk mencari, menilai dan membeli barang atau produk yang halal tanpa syak wasangka lagi.

Pernah tahu apa maksud logo halal Malaysia ? Logo halal bermaksud logo yang sah dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi butiran-butiran seperti di bawah ini;

Panduan Kenali Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

● Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan
● Perkataan Arab "حلآل" di tengah bintang
● Diikuti tulisan rumi "HALAL"
● Bulatan logo tertulis perkataan "MALAYSIA" dalam tulisan Rumi dan "ماليزيا" dalam perkataan Arab
● Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab tersebut

Panduan Kenali Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

Logo-logo halal yang tidak sah itu sama ada dikeluarkan oleh syarikat swasta atau buatan sendiri yang tidak memenuhi spesifikasi dan juga logo halal sebelum diselaraskan adalah palsu dan tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat dan menyemak status kesahihan logo Halal atau juga membuat laporan, anda boleh menyemak di laman web Halal Malaysia . Selain itu, anda kini boleh menyemak status halal secara online KLIK DISINI

2 comments:

  1. ya fake no7 tu sllu tgk kat sini.. thks info

    ReplyDelete
  2. semoga kita dijauhkan daripada beli barang yang ada logo halal palsu amin. thanks for the info :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.