Panduan Gred Markah Peperiksaan PT3 dan SPM Terkini Mulai 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkongsi informasi dan sistem pemarkahan dan senarai gred PT3 dan SPM 2016 yang terkini untuk dijadikan panduan kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tahun ini. Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Penetapan julat markah dan gred oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016. Saya akan kongsikan gred pemarkahan peperiksaan untuk tahun 2016 sebagai rujukan kepada pelajar PT3 dan SPM.

Panduan Gred Markah Peperiksaan PT3 dan SPM Terkini Mulai 2016

Sistem Gred Markah PT3 dan SPM 2016 Terkini

Julat Markah Gred Menengah Rendah 2016 PT3

Berikut adalah julat markah gred untuk Menengah Rendah (MR) PT3 seperti berikut :

●Markah 85 hingga 100% - Gred A
●Markah 70 hingga 84% - Gred B
●Markah 60 hingga 69% - Gred C
●Markah 50 hingga 59% - Gred D
●Markah 40 hingga 49% - Gred E
●Markah 01 hingga 39% - Gred F
●TH - Tidak Hadir


Julat Gred Markah Menengah Atas 2016 SPM

Berikut adalah julat markah gred untuk Menengah Atas (MA) SPM seperti berikut :

● Markah 90 hingga 100% - Gred A+ ( Cemerlang Tertinggi )
● Markah 80 hingga 89% - Gred A ( Cemerlang Tinggi )
● Markah 70 hingga 79% - Gred A ( Cemerlang )
● Markah 65 hingga 69% - Gred B+ ( Kepujian Tertinggi )
● Markah 60 hingga 64% - Gred B ( Kepujian Tinggi )
● Markah 55 hingga 59% - Gred C+ ( Kepujian Atas )
● Markah 50 hingga 54% - Gred C ( Kepujian )
● Markah 45 hingga 49% - Gred D ( Lulus Atas )
● Markah 40 hingga 44% - Gred F ( Lulus )
● Markah 0 hingga 39% - Gagal
● TH - Tidak Hadir


Semoga sistem gred pemarkahan peperiksaan bagi PT3 dan SPM 2016 terkini ini mampu meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM nanti.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 19, 2016
peratus ni makin meningkat ke makin menurun