Syarat Kelayakan Terkini Kemasukan SBP Tingkatan Satu Tahun 2017

Tahu apa syarat terkini kelayakan akademik untuk permohonan SBP 2017 bagi Tingkatan Satu? Untuk makluman anda, menurut sumber dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu kenyataan yang memaklumkan syarat kelayakan akademik dan kriteria pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu 2017.

Hal ini kerana pencapaian UPSR 2016 yang mencatatkan penurunan sangat ketara, di mana hanya seramai 4,896 pelajar yang memperoleh semua A iaitu 6A. Berikutan itu, di sini saya kongsikan syarat kelayakan akademik dan kriteria permohonan SBP bagi Tingkatan Satu Tahun 2017.

Syarat Kelayakan Terkini Kemasukan SBP Tingkatan Satu Tahun 2017

Syarat Kelayakan Akademik dan Kriteria Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2017

Berikut adalah syarat kelayakan baharu dan kriteria kemasukan ke SBP Tingkatan Satu mulai tahun 2017 seperti yang ditetapkan oleh KKM:

1. Syarat minimum pencapaian akademik dalam pencapaian UPSR sekurang-kurangnya adalah 3A 3B.
2. Sains, Matematik dan bahasa Melayu wajib dapat A.
3. Skor merit pemilihan dan penempatan pelajar akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Psikometrik yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Syarat Kelayakan Terkini Kemasukan SBP Tingkatan Satu Tahun 2017
Keratan kenyataan KPM berkenaan dengan syarat kelayakan dan kriteria terbaharu dalam pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 SBP 2017 

Semoga diharapkan syarat dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa termasuk pelajar dalam membuat permohonan kemasukan SBP tahun 2017.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje November 20, 2016
dulu2 time Unni kena 5A vru dpt masuk.. y 4a 1b pun kena buat rayuan.. best la budak2 skg