Header Ads

Permohonan Kemasukan SBP Bagi Tingkatan 1 Sesi Tahun 2018

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2018. Adakah anda murid Tahun 6 dan yang sedang menunggu keputusan UPSR 2017? Bagi calon-calon yang cemerlang dan berminat boleh membuat Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2018 secara online di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Disini saya kongsikan cara-cara Permohonan SBP untuk kemasukan sesi 2018.

Permohonan Kemasukan SBP Bagi Tingkatan 1 Sesi Tahun 2018

Permohonan ke SBP bagi Tingkatan 1 2018


Permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian (online) di laman web Permohonan ke Tingkatan 1 SBP sesi tahun 2018 mulai 16 Oktober 2017 di pautan berikut :

Klik di sini 👉https://sst1.moe.gov.my/

Berikut beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh sesi 2018 :

√ Permohonan dibuka mulai 16 Oktober sehingga 19 November 2017
√ Baca dan fahami info SBP serta panduan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
√ Log masuk dengan menggunakan nombor Mykad dan angka giliran UPSR 2017.

Baca juga :
Syarat Kemasukan Permohonan SBP Tingkatan 1 2018

Bagi ibu bapa perlu ambil tahu maklumat ini bagi memenuhi anak mereka yang cemerlang memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama penuh sesi ambilan 2018. Selamat membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan Satu sesi 2018.

No comments

Powered by Blogger.