Header Ads

Syarat Kemasukan Terkini Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2017

Adakah anda seorang pelajar yang ingin memasuki Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Jika anak-anak anda yang mahu, boleh baca syarat kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2017.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2017

Syarat Kemasukan Terkini Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2017

Berikut adalah syarat-syarat permohonan dan kelayakan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2017.

A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Berikut murid yang menduduki PBS merangkumi 4 komponen iaitu:

● PT3 : Pentaksiran Pusat
● PS : Pentaksiran Sekolah
● PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
● PPsi : Pentaksiran Psikometrik
● Syarat Permohonan
● Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV / SMTILKA / IKLS dan GIATMARA

B. Murid Lepasan PAV

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu di SMK yang menawarkan PAV.
● Syarat Permohonan
● Senarai institusi dan kursus yang ditawarkan

Syarat Umum dan Syarat Kursus Program Kemahiran Sesi 2016

ALIRAN PAV
~ Bagi murid Tingkatan 3 yang mengikuti aliran pendidikan asas vokasional

Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga tahun 2015
3. Sihat tubuh badan
4. Bebas daripada sakit kronik
5. Calon bebas daripada masalah mental
6. Dapat menguasai 3M (Membaca, menulis dan mengira)

Syarat Umum dan Syarat Khusus Program Kolej Vokasional

ALIRAN PERDANA
● Bagi murid tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana

Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia
2. Mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
3. Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah

Syarat Khusus

1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi matapelajaran bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup bagi pelajar PT3
2. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah)

Syarat Umum dan Syarta Khusus Sekolah Menengah Teknik (SMT) - Aliran Teknikal

● Bagi murid tingkatan 3 yang mengikuti aliran perdana

Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia
2. Mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
3. Telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah

Syarat Khusus SMT

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik

Semoga info ini memberi manfaat kepada bakal pemohon ingin buat permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016 online. Pemohon boleh merujuk kepada Syarat Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai syarat kemasukan.

No comments

Powered by Blogger.