Header Ads

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online |Masa kini, mudah sahaja ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Dengan adanya sistem ini ia memudahkan ibu bapa untuk mengetahui keputusan anak mereka jika mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

Sistem ini memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia menyediakan semakan bagi Tingkatan 1,2,3,4 dan 5.

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online 


Sila ikut langkah-langkah berikut :

1. Klik pautan berikut untuk ke menu utama laman web SAPS ibu bapa.


2.Masukkan nombor kad pengenalan atai sijil lahir pelajar (tanpa dash atau space).
3. Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah dan pilih tahun peperiksaan.
4. Klik butang semakan laporan dan anda akan dibawa ke sub menu seperti paparan di bawah:


5. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR,PT3 dan SPM.
6. Kemudian klik papar slip keputusan atau paparan yang lebih terperinci, klik papar markah peperiksaan.

No comments

Powered by Blogger.