Header Ads

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 | Melalui Belanjawan Negeri Selangor 2018 baru-baru ini, kerajaan negeri tetap komited meneruskan program Skim Smart Sewa Selangor untuk tahun hadapan. Ia bertujuan membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki sebuah rumah idaman mereka. Selain itu, turut diperkenalkan satu skim baharu iaitu Kasih ibu Smart Selangor (KISS) yang dapat meringankan beban para ibu dengan bantuan bulanan sebanyak RM200. Bagaikan durian runtuh untuk warga Selangor!

Baca juga : Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Sebenarnya, skim perumahan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi, dimana mereka perlu menyewa rumah minima selama 2 tahun dan 5 tahun paling maksimum. Dalam tempoh 5 tahun tersebut, sekiranya penyewa sudah mampu membeli rumah maka sebanyak 30% dari jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sebagai deposit membeli rumah baharu. Memang menarik kan ada untungnya! Jom baca lagi cara permohonan Skim Smart Sewa Selangor.

Artikel berkaitan 👉 Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i 2017

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018


Berikut adalah maklumat lanjut tentang Skim Smart Sewa Selangor 2018 termasuk syarat kelayakan, lokasi, permohonan dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018


1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00
4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.
6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

Tempoh penyewaan :
● Maksimum 5 tahun
● Minimum 2 tahun

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018


Anda boleh muat turun borang permohonan Skim Smart Sewa Selangor di http://phssb.com/borang/.

Lokasi Skim Smart Sewa Selangor 


1. Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam (5 Unit-Telah disewakan).
2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kekosongan: 21 Unit, Kadar sewa RM600-RM650).
3. Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (Kekosongan: 37 Unit, Kadar sewa RM550).
4. Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kekosongan: 89 Unit, Kadar sewa RM550-RM650)
5. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
6. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)
7. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (11 Unit dibuka untuk pendaftaran)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor, anda boleh hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com atau boleh diambil di pejabat mereka di Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Anda dikehendaki menghantar surat permohonan ke alamat tersebut.

Baca artikel ini
👉 Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018
👉 Permohonan Skim MyDeposit 2018 Online

Bagaimana anda sudah buat pendaftaran untuk Skim Smart Sewa Selangor tahun 2018? Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang berkelayakan untuk membuat permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018. Jangan lupa kongsi kepada rakan anda yang lain.

3 comments:

  1. Bagus program ni. Harap bolehla buat kat semua tempat pulak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah org selangor dpt mcm2 benefits

    ReplyDelete

Powered by Blogger.