Header Ads

Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 | Adakah anda warga negeri Selangor? Berita baik buat anda khususnya golongan ibu di Selangor yang bakal menerima bantuan Kasih Ibu SMART Selangor (KISS). Selepas pengumuman pembentangan Bajet 2018, kerajaan negeri Selangor juga turut memperkenalkan satu program yang diberi nama KISS untuk membantu para ibu yang berpendapatan isu rumah di bawah RM2,000 sebulan layak memohon dan bakal menerima bantuan berjumlah RM200 sebulan atau bersamaan RM2,400 setahun.

Baca juga : Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Untuk pengetahuan anda, Program Kasih Ibu SMART Selangor atau KISS akan diberikan bermula tahun 2018. Dikatakan tahun 2018 adalah tahun yang paling menyanjung kaum hawa dimana intipati Bajet 2018 turut memberikan banyak kelebihan dan insentif kepada mereka. Dengan mudah kata tahun 2018 anda boleh menerima kedua-duanya sama ada BR1M mahupun KISS (warga Selangor sahaja).

Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018


Berikut dikongsikan maklumat tentangyang cara Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor KISS 2018 termasuk syarat kelayakan dan cara hubungi :

● Tarikh Permohonan DIBUKA : 13 Disember 2017

Permohonan KISS secara atas talian (online) masih belum dibuka. Sila buat pendaftaran secara manual dengan muat turun borang Permohonan KISS di SINI atau boleh diambil di lokasi berikut ;

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen.
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis.
4. Pusat Wanita Berdaya

Syarat Kelayakan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018


1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor atau menetap di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
3. Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak atau tanggungan di bawah umur 21 tahun.
5. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan.

Manfaat Kad KISS 


● Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.
● Kad KISS boleh diguna di kedai atau pasaraya berdaftar.
● Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai.
● Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM200 sahaja.
● Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 pada setiap bulan secara automatik.

ARTIKEL BERKAITAN 👉 Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2018

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hubungi ke 03- 55256600 atau email ke admin@selcare.my atau terus ke laman web rasmi KISS https://www.kiss.com.my.

Semoga informasi tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 ini dapat memberi pengetahuan kepada anda khususnya para ibu di Selangor. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan anda yang lain.

3 comments:

  1. alaaa.. 'kiss' la smua ibu, zaman sekarang pendapatan isi rumah 4k pun bukan senang sangat pun... nak la 'kiss' juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg lah dkt org yg lebih memerlukan cikgu

      Delete

Powered by Blogger.