Header Ads

BR1M 2018 : Permohonan Baru, Kemaskini Maklumat, Syarat Kelayakan & Jadual Pembayaran

BR1M 2018 : Permohonan Baru, Kemaskini Maklumat, Syarat Kelayakan & Jadual Pembayaran | Baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih diteruskan bagi tahun 2018. Dengan peruntukan sebanyak RM6.8 billion, sudah tentu dapat memberi manfaat hampir 6 juta rakyat Malaysia dimana pemberian BR1M 2018 dikekalkan dengan jumlah maksimum RM1,200. Untuk makluman anda, permohonan baru dan pengemaskinian BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017.

BR1M 2018 : Permohonan Baru, Kemaskini Maklumat, Syarat Kelayakan & Jadual Pembayaran

Jika sebelum ini admin sebagai pelajar Diploma Civil Engineering dan penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), tahun 2018 admin sudah layak menerima BR1M dalam kategori bujang kerana sudah tamat pengajian pada bulan April 2017 lalu. Jom buat permohonan baru dan kemaskini data maklumat anda yang terkini untuk BR1M 2018.

BR1M 2018 : Permohonan Baru, Kemaskini Maklumat, Syarat Kelayakan & Jadual Pembayaran 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BR1M 2018 meliputi permohonan & syarat kelayakan baru, kemaskini maklumat dan jadual pembayaran :

Jadual Pembayaran BR1M 2018


● Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah)

FEB 2018 - RM450

● Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 - RM4,000)

FEB 2018 - RM300
JUN 2018 - RM300
OGOS 2018 - RM300

● Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah)

FEB 2018 - RM400
JUN 2018 - RM400
OGOS 2018 - RM400

BR1M 2018 : Permohonan Baru, Kemaskini Maklumat, Syarat Kelayakan & Jadual Pembayaran

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018


๐Ÿ“Œ Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
๐Ÿ“Œ Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
๐Ÿ“Œ Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
๐Ÿ“Œ Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Sebelum anda membuat permohonan dan kemaskini BR1M 2018, pastikan anda sertakan dokumen salinan sebagai bahan bukti seperti ;

๐Ÿ“Œ MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
๐Ÿ“Œ Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
๐Ÿ“Œ Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dokumen Sokongan Penting Bagi SSM

Bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anda perlu kemukakan salinan;

● Penyata akaun bank perniagaan / persendirian bagi 3 bulan terkini tahun 2017 atau;
● Penyata pendapatan perniagaan tahun 2017 atau;
● Pengesahan penamatan/ pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017.

Nota tambahan :
๐Ÿ“ Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Permohonan BR1M 2018 Online dan Manual Borang 


1. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M http://ebr1m.hasil.gov.my 

2. Selain itu, anda boleh memohon BR1M dengan mengisi borang permohonan BR1M 2018 yang boleh didapati melalui Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil/ Pusat Transformasi Bandar (UTC). Borang permohonan BR1M adalah PERCUMA.

Bagi anda yang ingin mengemaskini data maklumat di dalam sistem BR1M, anda boleh pengemaskinian secara online dan manual (isi borang). Terdapat maklumat peribadi yang perlu dikemaskini seperti kematian pasangan/ tanggungan, perubahan status perkahwinan, perubahan nombor telefon/ alamat dan waris.

Baca juga :
● Download Borang Permohonan BR1M 2018

Cara Kemaskini BR1M 2018


1. Layari ke laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk pengemaskinian secara online.
- Klik menu 'Kemaskini Permohonan'.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik kemaskini permohonan.

2. Anda boleh dapatkan borang kemaskini BR1M 2018 melalui portal rasmi BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Cara Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2018


● Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M.
● Semakan secara online : https://ebr1m.hasil.gov.my/
● Email yang didaftarkan di dalam Borang Permohonan BR1M.
● Semakan secara aplikasi mobile BR1M : Muat turun di Play Store bagi platform Android dan App Store bagi platform iOS.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang BR1M, anda boleh terus hubungi melalui Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716 atau email ke br1m@treasury.gov.my atau ke laman web BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/.

Artikel berkaitan ๐Ÿ‘‰ Permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan baru dan pengemaskinian maklumat BR1M 2018 secara online dan isi borang. Jangan lupa share ya!

1 comment:

Powered by Blogger.