Header Ads

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq | Drama Melayu terbaru slot Akasia TV3 2017? Saksikan drama terbaru berjudul Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang diadaptasi daripada novel Mr. Hot Guy karya Danisyahrahmat. Drama ini akan mengisi slot Akasia di saluran TV3 yang dibintangi oleh beberapa pelakon hebat antaranya iaitu Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan ramai lagi. Lihat ini juga : Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa 


Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku yang diarahkan oleh Zul Huzaimy Marzuki akan mula ditayangkan pada 31 Oktober 2017 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 malam di TV3. Lagu Menahan Rindu Wany Hasrita menjadi lagu pilihan untuk pembukaan drama ini. Jom baca ringkasan sinopsis drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku di bawah.

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq 


Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku :

Senarai Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku


● Raja Afiq sebagai Luqman Hakimi 👉 Biodata Raja Afiq 
● Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila 👉 Biodata Puteri Aishah
● Syazuwan Hassan sebagai Aiman 👉 Biodata Syazuwan Hassan
● Julia Farhana Marin sebagai Andrea 👉 Biodata Julia Farhana Marin
● Natasya Mahyan
● Liza Abdullah
● Hafizuddin Fadzil

Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku


Drama ini mengisahkan pada mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.

“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”

“I tinggalkan you”

“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.


Novel Mr. Hot Guy 


Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq

Jangan lupa tonton drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku setiap episod yang akan disiarkan pada 31 Oktober ini di slot Akasia. Terima kasih membaca artikel Sinopsis Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Puteri Aishah & Raja Afiq. Selamat menonton.

1 comment:

  1. ya..macam menarik cerita ini.

    Saya suka dengan cerita cinta.

    Biasalah jiwang karat.

    untuk hiburan dan pedoman maka cerita ini tiada masalah juga

    ReplyDelete

Powered by Blogger.