Header Ads

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa| Drama Melayu terbaru slot MegaDrama 2017? Saksikan drama terbaru berjudul Red Velvet yang diadaptasi daripada novel Red Velvet karya Acik Lana. Drama ini akan mengisi slot MegaDrama di saluran Astro Ria 104 yang dibintangi oleh beberapa pelakon hebat antaranya iaitu Alif Satar, Neelofa, Nadya Syahera, Amira Othman, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Lihat ini juga : Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah 

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa

Drama Red Velvet akan ditayangkan selama 20 episod bermula awal Oktober 7 ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria. Jom baca ringkasan sinopsis drama Red Velvet di bawah.

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa


Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Red Velvet :

Senarai Pelakon Drama Red Velvet 


● Alif Satar sebagai Izzat
● Noor Neelofa sebagai Helena
● Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
● Amira Othman sebagai Suhaila → Biodata Amira Othman 

Baca juga :
Biodata Nadya Syahera Pelakon Red Velvet 
Biodata Penuh Neelofa Heroin Drama Red Velvet 

Sinopsis Drama Red Velvet 


Drama ini mengisahkan tentang Helena yang ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang kepada Suhaila. Namun, perhubungan mereka dapat diketahui oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi, Helena enggan dan merancang ingin berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janji dan mengecewakan hati Helena separuh mati.

Dalam pada sama, Helena telah bertemu dengan Izzat baker yang ego dan berlagak tidak bertempat. Izzat sentiasa mencari pasal dengan Helena ini membuatkan bertambah kekusutan di kepala Helena. Namun, keadaan semakin tegang apabila Helena dipaksa bekerja bersama Izzat di kedai bakeri yang sama. Mulah detik-detik percintaan di antara mereka. Adakah perhubungan antara Helena dengan Izzat akan kekal?

Sudah baca novel Red Velvet karya Acik Lana?


Artikel berkaitan 👉 Lirik Lagu Sesungguhnya Aku Alif Satar OST Drama Red Velvet

Jangan lupa tonton drama Red Velvet setiap episod yang mula disiarkan pada bulan Oktober ini di slot MegaDrama. Terima kasih membaca artikel Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar dan Neelofa. Selamat menonton.

3 comments:

  1. wahh aliff sattar.. suka tengok dia berlakon

    ReplyDelete
  2. Ok..nti bleh cuba tgk drama ni..

    ReplyDelete
  3. Oh ada gandingan baru dengan aliff satar. Mesti lawak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.