Header Ads

Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah

Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah |Drama terbaru slot Akasia 2017? Saksikan drama Titian Cinta yang diadaptasi dari novel Titian Cinta akan menggantikan drama Meh Sandar Lagi dan berjadual akan mula bersiaran pada 11 September 2017. Drama ini yang diarahkan oleh Heykal Hanifah telah dibintangi dengan beberapa pelakon terkenal iaitu Zul Ariffin, Farah Nabilah, Dian P. Ramlee, Daler Yusof dan ramai lagi. Drama Titian Cinta yang bersiaran selama 28 episod akan ditayangkan di slot Akasia jam 6.58 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Lihat ini juga : Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara Lakonan Kamal Adli dan Zahirah MacWilson 

Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabila

Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah 


Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Titian Cinta seperti di bawah ;

Senarai Pelakon Drama Titian Cinta 


● Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
● Farah Nabilah sebagai Rahadatul 'Aisy
● Daler Yusuf sebagai Rayyan Smith → Biodata Lengkap Daler Yusuf
● Tisha Shamsir sebagai Sofia

Sinopsis Drama Titian Cinta Slot Akasia 2017


Drama Titian Cinta mengisahkan tentang kisah percintaan antara Umayr Harris dengan Rahadatul 'Aisy. Setelah 4 tahun Rahadatul merantau di London, dia ambil keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh suaminya.

Harris menantikan kepulangan Rahadatul kerana menyesal tindakan yang lalu. Dia termakan hasutan Sofia dan pernah menghalau Rahadatul dari rumah akibat difitnah. Akibat cemburu, Harris sanggup menghina isterinya dan juga sikap barannya membuatkan dia sanggup menyakiti tubuh isterinya menyebab Rahadatul lari membawa diri.

Kini Harris ingin menembus kesalahan yang lalu. Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memujuk dan memikat isterinya kembali. Akhirnya jodoh mereka dipertemukan semula. Namun begitu, hubungan mereka mula goyah apabila mengetahui Rahadatul tidak dapat mengandung. Pada masa itu, hadir pula Sofia untuk merampas cinta Harris.

Hubungan mereka semakin goyah apabila ada orang ketiga seorang lelaki tampan bernama Rayyan. Siapakah Rayyan di hati Rahadatul?

Sudah baca novel Titian Cinta karya Ridhya Iman?

Sinopsis Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabila

Baca juga :
Lirik Lagu Sumpah Cintaku OST Titian Cinta - Asfan Shah

Nak tahu kesudahan cerita drama ini. Jangan lupa saksikan dan tonton siaran langsung drama Titian Cinta lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabila pada awal September 2017 ini. Selamat menonton.

10 comments:

  1. Mesti meletup ni nanti

    ReplyDelete
  2. bersegi2 kisah cinta dalam drama ni ya.

    ReplyDelete
  3. menarik ni..mcm kena cari novel ni pulak..

    ReplyDelete
  4. hebat, nak beli novel ni :) Terima kasih sudi singgah blog

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tengok drama lewat petang ni. Harapnya drama ni tak macam drama-drama adaptasi novel sebelum- sebelum ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.