Header Ads

Biodata Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup

Biodata Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup| Korang kenal pelakon kacak berketurunan campuran Uzbekistan iaitu Daler Yusuf? Daler Yusuf Muhammad atau lebih dikenali sebagai Daler Yusuf adalah pelakon lelaki yang baru berjinak dalam dunia lakonan di Malaysia. Sebelum ini, Daler Yusuf pernah berlakon dalam drama Tuan Anas Mikael di Astro, kini beliau diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama terbaru berjudul Encik Suami Mat Salih Celup bersama dengan Nelydia Senrose. Jom terjah biodata penuh Daler Yusuf!

Biodata Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup

Biodata Daler Yusuf Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup 


Nama Penuh : Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad
Nama Komersial : Daler Yusuf
Tarikh Lahir : 31 Disember 1991
Umur : 26 tahun (2017)
Agama : Islam
Keturunan : Melayu bercampuran Uzbekistan
Tinggi Daler Yusuf : 180cm
Adik beradik Daler Yusuf : Sherzod Yusuf
Pendidikan : Jurusan Business Management di Westminster International College
Kerjaya : Model
Drama : Tuan Anas Mikael, Encik Suami Mat Salih Celup (2017)
Telemovie : Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku
Filem : Kastil Tua
Instagram Daler Yusuf : @daleryusof 
Twitter Daler Yusuf : daler_yusuf

Fakta Menarik Tentang Daler Yusuf 


● Memulakan karier peragaan sejak berusia 19 tahun dan sering muncul dalam iklan komersial seperti BlackBerry, Samsung, Maxis, Baskin Rosbins, DIGI, Burger King dan banyak lagi.
● Pernah diangkat sebagai peragawan digemari memeriahkan lapangan peragaan, fesyen tempatan dan antarabangsa.
● Berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya bahasa Uzbekistan, Parsi, Rusia, bahasa Inggeris, Turki, Tajik, termasuklah Bahasa Melayu.
● Sherzod Yusuf adalah adik kepada Daler Yusuf.

Semoga Daler Yusuf terus bersinar dalam dunia industri lakonan di Malaysia. Jom tonton drama Encik Suami Mat Salih Celup dari lakonan Daler Yusuf. Terus sukses!

1 comment:

Powered by Blogger.