Header Ads

Lagu Tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Lagu Tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur |Kehangatan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) makin terasa apabila upacara perasmian akan mula dirasmikan pada 19 Ogos 2017 hari Sabtu. Saya pasti ramai yang akan penuhi Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan upacara ini. Lagipun, stadium baru direnovate semula memang cantiklah! Dijangka Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur berlangsung selama 11 hari mulai 19 hingga 30 Ogos 2017 sebelum rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan 2017. Mesti anda ingin tahu lagu tema Sukan SEA 2017?

Lagu Tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Lagu berjudul "Tunjuk Belang" ciptaan Loque dengan lirik nukilan Loque dan Malique ini menampilkan suara tiga penyanyi iaitu Loque, Azlan The Typewriter dan Malique. Selain itu, lagu "Bangkit Bersama" dari penyanyi hebat tanah air, Dayang Nurfaizah dan "So Many Hands" oleh Mia Palencia dipilih sebagai lagu tema Sukan SEA 2017.



Lirik Lagu Tunjuk Belang Tema Sukan SEA 2017 - Loque, Azlan The Typewriter & Malique 


Lagu Tema Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Jangan Gentar
Jangan sesekali menyerah kalah
Jangan takut
Selagi nyawa di kandung badan

Ayuh lawan
Kita lawan sampai titisan darah
Yang terakhir
Belum berakhir

Semangatku takkan luntur
Selagiku belum uzur
Bangkit bersama-sama
Bersama takluk dunia

Bangkit bersama-sama
Bersama bertarung nyawa
Kita juara
Kita semua juara

Bangkit bersama-sama
Bersama takluk dunia
Bangkitlah
Bangkit bersama-sama

Biar putih tulang
Jangan putih mata
Ayuh bangkitlah bersama-sama
Selagi nyawa dikandung badan
Ayuh lawan
Kita lawan

Biar mati tewas tersingkir
Sehingga titisan darah terakhir
Selagi nyawa dikandung badan
Ayuh lawan
Kita lawan

Baca juga : Jadual & Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017





Artikel berkaitan → Jadual Olahraga Sukan SEA 2017

Ayuh atlet-atlet Malaysia mempamerkan aksi terbaik dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Semoga hasrat sasaran kutipan pingat emas Malaysia tercapai.

 

1 comment:

  1. Lagu ni boleh tahan bestnya.. Boleh jadi pembakar semangat kepada kita sebagai penganjur sukan sea 2017

    ReplyDelete

Powered by Blogger.