Header Ads

Carta Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017

Carta Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017|Mampukah Malaysia menjuarai keseluruhan pingat dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017? Seramai 874 kontingen negara yang akan memikul tanggungjawab ini dimana Malaysia meletakkan sasaran sebanyak 111 pingat emas untuk Sukan SEA kali ini. Dijadualkan terdapat beberapa acara telah dimulakan lebih awal sebelum upacara perasmian Sukan SEA 2017 antaranya sukan bolasepak, memanah, polo air, netball dalam peringkat kumpulan. Dengan tema lagu Sukan SEA 2017 iaitu Bangkit Bersama dari Dayang Nurfaizah member semangat lagi kepada atlet-atlet negara berjuang dalam temasya sukan Asia Tenggara ini.

Carta Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017

Malaysia telah meraih kilauan pingat emas pertama menerusi acara Chinlone Event 3 dalam sukan sepak takraw kelmarin. Diiringi pula dengan acara memanah dimana pasukan Malaysia berjaya mengutip 2 pingat emas dalam acara memanah compound berpasukan lelaki dan wanita hari ini (17/6/2017).

Baca juga : Jadual & Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2017

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017


Berikut adalah carta kedudukan terkini pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 seperti di bawah ;


Informasi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur 


● Tarikh : 19 - 30 Ogos 2017
● Laman rasmi KL 2017 : https://www.kualalumpur2017.com.my/
● Facebook rasmi KL 2017 : https://www.facebook.com/kualalumpur2017

Ayuh atlet Malaysia memberi prestasi terbaik dalam temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur kali ini. Semoga berjaya mendapat kilauan pingat emas buat kontinjen negara.

No comments

Powered by Blogger.