Header Ads

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017 |Bila Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ? Sukan SEA ke-29 akan berlangsung bermula 19 hingga 30 Ogos 2017, dimana Kuala Lumpur telah terpilih sebagai tuan rumah edisi kali ini. Jika sebelum ini Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah pada tahun 2001, lagi sekali Malaysia memikul tanggungjawab sukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Sebanyak 405 acara dari 38 sukan dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antaranya seperti olahraga, bolasepak, angkat berat, akuatik renang, hoki, futsal, badminton, terjun papan anjal dan banyak lagi.

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017

Untuk edisi kali ini, tuan rumah Malaysia memilih Harimau Malaya sebagai maskot Sukan SEA 2017 yang dikenali RIMAU. Manakala logo Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pula dicipta berasaskan Wau Bulan yang merupakan lambang kebanggaan Malaysia. Bagi peminat sukan tanah air, jangan ketinggalan menonton siaran langsung Sukan SEA 2017 di saluran Astro, RTM, Media Prima TV3 dan HyppTV.

Baca juga : Carta Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017
Maskot RIMAU Sukan SEA 2017

Jadual Acara Sukan SEA KL 2017


Berikut dikongsikan adalah jadual pertandingan acara-acara sukan terkini yang dipertandingkan di Sukan SEA KL 2017 seperti ;

● Akuatik
- Diving (26-30)
- Swimming (21-26)
- Synchronized Swimming (17-20)
- Open Water (18)
- Water Polo (15-20)
● Memanah (16-22)
● Olahraga (19-26) → Jadual Olahraga Sukan SEA 2017 [KLIK SINI]
● Tenpin Boling (20-25)
● Gimnastik
- Artistic (20-23)
- Rhythmic (26-28)
● Badminton (22-29) → Jadual Badminton Sukan SEA 2017 [KLIK SINI]
● Tinju (20-24)
● Kriket (17-29)
● Ekuestrian
● Lawan Pedang (21-23)
● Golf (22-26)
● Hoki
- Padang (21-29)
- Dewan (21-26)
● Luncur Ais
- Berbunga (26-27)
- Berganti (29-30)
● Judo (26-27)
● Boling Padang (22-27)
● Petanque (21-28)
● Pelayaran (21-29)
● Menembak (21-26)
● Skuasy (21-19)
● Ping Pong (20-26)
● Billiard & Snooker (22-27)
● Tenis (21-26)
● Futsal (18-27)
● Bolasepak (14-29)
● Sepak Takraw (16-29)
● Berbasikal
- BMX (26)
- Lebuhraya (21-24)
- Track (27-29)
●Triathlon (21)
● Bola Keranjang (20-26)
● Bola Tampar (14-20)
● Bola Jaring (14-20)
● Ragbi 7 Sebelah (19-20)
● Ski Ais & Waterboard (25-29)
● Angkat Berat (28-30)
● Pencak Silat (24-29) - Jadual Acara Pencak Silat Sukan SEA 2017 [KLIK SINI]
● Muay (26-29)
● Taekwondo (26-29)
● Karate (22-24)
● Wushu (20-22)



Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017

* Kesemua acara sukan SEA Games KL 2017 berlangsung pada bulan Ogos.

Negara Bertanding Sukan SEA 2017


1. Malaysia (Tuan rumah)
2. Indonesia
3. Thailand
4. Vietnam
5. Kemboja
6. Myanmar
7. Timor Leste
8. Filipina
9. Laos
10. Singapura
11. Brunei

Lokasi/ Venue Sukan SEA 2017


Berikut adalah lokasi atau venue acara Sukan SEA 2017 berlangsung di Kuala Lumpur ;

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017



Tiket Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


Untuk makluman anda, tiket Sukan SEA 2017 dijual pada harga sekitar RM10 ke RM20. Dikhabarkan acara renang, taekwondo, pencak silat dan bola jaring telah habis dijual. Jika anda ingin dapatkan tiket Sukan SEA KL 2017, boleh buat pembelian secara online di laman web www.kualalumpur2017.com.my.

Bagi anda yang ingin membeli tiket ketika acara sukan berlangsung boleh dapatkan di kiosk tiket di venue pertandingan secara tunai, kad kredit dan kad debit.

Artikel berkaitan →Lagu Tema Sukan SEA 2017

Jadual Pertandingan Acara Sukan SEA 2017
Pingat Sukan SEA 2017

Mampukah Malaysia menjuarai keseluruhan pingat emas dalam edisi Sukan SEA kali ini? Jom ayuh beri sokongan padu kepada atlet negara kita yang akan memperjuangkan dalam pentas sukan masing-masing mulai 19 Ogos ini. Bagi peminat bolasepak, boleh rujuk jadual perlawanan bolasepak Sukan SEA 2017 DISINI. Selamat maju jaya!

 

3 comments:

  1. Terima Kasih Info. Nanti boleh la tengok Sukan Sea KL ni..

    ReplyDelete
  2. terima kasih. sy tak bole buka website sukan sea , nasib ada blog ni ...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.