Header Ads

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Dengan Mudah

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit |Anda ada buat pinjaman AEON Credit? Tahu tak apa itu pinjaman AEON Credit? Bagi anda yang belum tahu, AEON Credit Service adalah pemberi hutang melalui kad kredit, insurans, ansurans bulanan dan pinjaman kredit dan pinjaman peribadi. Korang nak tahu sebenarnya anda boleh buat semakan baki pinjaman AEON Credit menerusi SMS. Memang sangat mudah melalui telefon pintar sahaja. Jom baca selanjutnya cara semak baki AEON!

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Dengan Mudah

Cara Semak Baki Pinjaman AEON Melalui SMS 


1. Buka aplikasi Messages pada telefon pintar anda.
2. Taip kod pendek seperti ini ;
AEON <keyword> <4 digit akhir Kad Pengenalan>
3. Berikut senarai penuh kod SMS dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan seperti rujuk jadual di bawah ;

AEON Credit Card Inquiry 
KEYWORDS 
● AEON CCSTS 1234* - Application Status
● AEON CCBAL 1234* - Outstanding Balance
● AEON CCMIN 1234* - Minimum Payment Account
● AEON CCAVA 1234* - Available Limit
● AEON CCACT 5678**1234* - Card Activation
● AEON CCWAY - Payment Channel

AEON-XPRESS Easy Payment Inquiry
KEYWORDS 
● AEON STS 1234* - Application Status
● AEON BAKI 1234* - Outstanding Balance
● AEON BAYAR 1234* - Payment Amount
● AEON PENUH 1234* - Full Settlement Amount
● AEON AKHIR 1234* - Final Payment Date
● AEON CARA - Payment Channel

1234* : Last 4 digit new / old / IC or Passport No.
5678* : Last 4 digit credit card no.

4. Hantar mesej itu ke nombor 63633.

* Setiap transaksi mesej yang berjaya dihantar akan dikenakan bayaran caj sebanyak RM0.50.

Mudahkan ada cara ini untuk menyemak baki pinjaman AEON! Rasanya ini cukup membantu anda untuk membuat semakan baki pinjaman AEON credit melalui SMS. Nasihat saya bayarlah hutang segera! Semoga perkongsian ini memberi info bermakna kepada anda semua.

Sumber rujukan : AEON

3 comments:

  1. Loan Aeon baru tahun lepas habis...info bguna bagi mereka yg masih mpunyai pinjaman dgn Aeon Credit!

    ReplyDelete
  2. tak boleh pun guna sms utk check credit card aeon.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.