Header Ads

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online |Anda dah ada akaun SSPN-i? Nak tahu cara buka akaun SSPN-i dengan mudah dan cepat? Hari ini saya nak kongsi cara daftar atau membuka akaun SSPN-i secara online tanpa anda perlu melalui mana-mana cawangan bank atau kaunter PTPTN. Ramai lagi yang ingat, permohonan SSPN hanya melalui bank-bank terpilih. Tetapi sebenarnya sekarang anda boleh terus daftar online akaun SSPN-i tanpa perlu download borang SSPN-i. Lihat ini juga : PERMOHONAN DIRECT DEBIT ONLINE PTPTN

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online

Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Online 

Berikut adalah cara permohonan pembukaan akaun SSPN-i secara atas talian (online) seperti di bawah ;

Apakah itu SSPN-i?


Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau lebih dikenali sebagai SSPN-i adalah satu platform simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN untuk tujuan khas pendidikan tinggi. Ianya adalah wajib kepada mereka yang ingin memohon pinjaman PTPTN. Jadi, bagi pelajar yang ingin membuat permohonan PTPTN, boleh daftar SSPN-i secara online. Selain itu, SSPN-i juga adalah satu simpanan jangka masa panjang dan mempunyai pelbagai manfaat yang sangat menarik kepada pendaftar SSPN-i.

Manfaat dan Keistimewaan SSPN-i


1. Layak memohon pinjaman pendidikan.
2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun.
3. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
5. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i.
6. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
7. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.



Syarat Pembukaan Akaun SSPN-i 


1. Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia.

2. Pendeposit boleh membuka akaun untuk dirinya sendiri.

3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama.

5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dn tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Daftar Akaun SSPN-i Plus Online


Pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan secara online tanpa anda hadiri ke pejabat PTPTN. Untuk mendaftar SSPN-i Plus Online sila ke paparan atau klik menerusi link di bawah ;

>> PENDAFTARAN SSPN-i

Mudahkan nak daftar SSPN-i Plus? Semuanya kini boleh layari dengan sistem online. Tak perlu susah beratur dan tunggu giliran. Dengan adanya akaun SSPN-i maka anda layak memohon pinjaman pembiayaan PTPTN. Jom daftar sekarang!

Semoga perkongsian ini membantu anda cara buka akaun SSPN-i Plus secara online. Selamat berjaya!

2 comments:

  1. senangnya ada online registration.. maka bolehlah mama register online aje

    ReplyDelete
  2. owh, melalui online dah boleh yer... baru nak ke bank..nak buka akaun anak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.