Header Ads

Panduan Niat Puasa Ganti Ramadhan Dalam Bahasa Rumi

Panduan Niat Puasa Ganti Ramadhan Dalam Bahasa Rumi |Sekejap saja bulan ramadhan 1438H berlalu pergi dan tibalah bulan Syawal pun telah menjelma. Allahuakbar Allahuakbar...!! Walaubagaimanapun, ada sesetengah kita yang diharuskan tidak berpuasa khususnya kaum wanita yang uzur atau yang dalam keadaan nifas termasuklah ada masalah kesihatan yang kronik. Persoalannya, perlukah anda qada puasa ramadhan tersebut? Jawapan YA! Sudah tentu. Hukum qadha puasa Ramadhan adalah wajib. Anda tahu cara ganti puasa Ramadhan ? Bagaimana pula cara niat qada puasa Ramadhan?

Panduan Niat Puasa Ganti Ramadhan Dalam Bahasa Rumi
Lafaz Qada Puasa Ramadhan Rumi dan Arab 

Okay untuk artikel ini saya akan kongsi cara niat puasa ganti Ramadhan dalam bahasa rumi dan Jawi. Memang sangat mudah untuk anda ikuti. Untuk pengetahuan anda, waktu qada puasa Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehinggalah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya. Namun, anda dilarang sesama sekali berpuasa sebagai contoh di hari raya.

Lafaz Niat Puasa Ganti Ramadhan 


Berikut adalah niat ganti puasa Ramadhan dalam bahasa Arab dan rumi seperti ;

Panduan Niat Puasa Ganti Ramadhan Dalam Bahasa Rumi

Nawaitu sauma ghodin an' qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu ramadhan kerana Allah Taala .

Mudah ja kan nak lafaz niat qada' Ramadhan?

Dah tahu cara niat puasa ganti Ramadhan, boleh anda laksanakan ibatdat wajib itu. Semoga perkongsian ini membantu mereka yang masih tidak tahu lafaz niat ganti puasa Ramadhan yang betul. Anda boleh booomark untuk masa hadapan.

No comments

Powered by Blogger.