Header Ads

Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Permohonan Direct Debit Online PTPTN |Anda peminjam PTPTN? Anda tahu kini ada sistem Direct Debit Online PTPTN? Untuk makluman anda, mulai 14 April 2017, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan satu kaedah baharu cara mudah bayar balik PTPTN menerusi dalam talian iaitu Direct Debit Online. Dengan adanya sistem ini, pemimjam PTPTN tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke pejabat PTPTN untuk isi borang. Kaedah ini adalah satu penambahbaikan bayaran balik PTPTN dan Deposit Simpanan SSPNi dimana sebelum ini menggunakan borang.

Permohonan Direct Debit Online PTPTN

Tambahan lagi, sistem Direct Debit Online juga bukan sahaja memudahkan kepada peminjam PTPTN malah juga pendeposit SSPN-i. Bagi peminjam PTPTN yang masih tertunggak atau pernah di blacklist nama, boleh menggunakan sistem online ini untuk membuat bayaran balik PTPTN, dimana anda diberi insentif diskaun 10% sehingga tempoh tamat pada 31 Disember 2017.

Permohonan Direct Debit Online PTPTN 


Berikut adalah cara permohonan direct debit PTPTN secara online seperti di bawah ;

Syarat-Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN 


1. Permohonan Direct Debit bagi bayaran balik pinjaman atau deposit simpanan adalah untuk Akaun Pinjaman yang berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang masih aktif.

2. Amaun permohonan bagi bayaran balik mestilah sama atau melebihi ansurans bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit simpanan amaun minimum yang dibenarkan adalah RM20.

3. Akaun bank yang dipilih untuk perlaksanaan direct debit mestilah berstatus aktif.

Cara Mudah Permohonan Direct Debit PTPTN 


1. Daftar permohonan Direct Debit di www.ptptn.gov.my/direct_debit.html.

2. Klik pada ikon Permohonan Direct Debit

a. Permohonan Direct Debit Pinjaman
- Klik mohon Direct Debit Pinjaman
- Masukkan nombor kad pengenalan > klik link Penyata Pinjaman yang dipaparkan.

b. Permohonan Direct Debit SSPNi
- Klik mohon Direct Debit Deposit SSPNi
- Masukkan nombor pengenalan pendeposit
- Klik semakan penyata SSPNi
- Masukkan nombor pengenalan pendeposit
- Masukkan kata aluan
- Setelah login ke penyata simpanan, klik Pendaftaran Direct Debit

Langkah Untuk Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online PTPTN 


1. Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang dinyatakan di atas dan berdaftar perkhidmatan perbankan elektronik.

2. Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i di PTPTN.

3. Untuk bayaran balik pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun Ujrah atau akaun pinjaman konvensional.

4. Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk semua jenis akaun pinjaman dan buat bayaran balik.

5. Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk semak baki simpanan dan penambahan deposit.

6. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini penyata pinjaman atau simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Senarai Bank Penyedia Pendaftaran Direct Debit Online PTPTN 


Berikut adalah bank-bank yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar Direct Debit Online PTPTN ;

● Bank Islam 
● CIMB Bank
● CIMB Bank Islamic 
● Maybank
● Maybank Islamic Bank 
● Bank Rakyat 
● Public Bank
● Public Islamic Bank
● RHB Bank 
● Hong Leong Bank
● Hong Leong Islamic Bank 
● HSBC 
● OSBC Bank 
● Standard Chartered 

Info tambahan :
- Tiada caj dikenakan untuk permohonan dan setiap transaksi Direct Debit yang berjaya.
- Tempoh proses permohonan akan mengambil masa 3 hari bekerja daripada tarikh permohonan yang lengkap.
- Potongan bayaran balik dan deposit SSPNi akan berlaku pada 10 atau 27 setiap bulan tertakluk tarikh kelulusan permohonan kebenaran Direct Debit oleh pihak bank.

Mudahkan adanya sistem Direct Debit Online PTPTN?

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau aduan boleh kemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan. Diharapkan permasalahan anda terjawab.

Sebagai pemohon PTPTN, aku ucapkan terima kasih atas adanya sistem online ini. Nasihat saya, anda semua segera langsaikan hutang ini sebelum nama anda diblacklist untuk melancong ke luar negara. Semoga perkongsian ini dapat membantu bagi mereka yang ingin memohon permohonan direct debit online dengan lebih mudah fahami.

Sumber - PTPTN 

2 comments:

  1. Ada rezeki jangan berlengah untuk membayar hutang

    ReplyDelete
  2. Senang Dan mudah nak buat bayaran bila dh Ada direct debit ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.