Header Ads

Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Pagi Syawal!

Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Pagi Syawal |Menu pilihan hari raya Aidilfitri 2017? Kejap je masa sekarang, berakhirlah Ramadhan 1438H diganti pula bulan Syawal yang akan disambut oleh umat Islam pada pagi hari Ahad (25/6/2017). Apabila sebut saja Syawal, tak terlepas juga kita untuk menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri dan juga menziarahi rumah adik beradik dan rakan-rakan anda. Apa yang specialnya hari raya adalah kita akan menikmati pelbagai juadah atau menu menarik untuk dimakan pada pagi raya. Lihat ini juga : Ucapan dan Pantun Hari Raya Aidilfitri

Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Pagi Syawal!

Macam-macam menu yang boleh dihidangkan pada pagi hari raya misalnya biskut raya, ketupat, lemang, rendang, lontong dan banyak lagi. Yang mana satu kesukaan anda? Disini saya kongsikan koleksi menu hari raya Aidilfitri wajib di pagi Syawal!

Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Pagi Syawal 


Berikut adalah juadah popular yang wajib ada di pagi raya.

1. Rendang Ayam/ Daging

Jika tiba saja Ramadhan pastinya menu rendang adalah pilihan yang wajib dihidangkan bersama ketupat dan lemang. Tak kiralah rendang ayam atau pun rendang daging? Anda akan lihat malam raya, para ibu dan isteri sibuk menyiapkan resepi rendang ayam dan daging yang sedap.

2. Ketupat Daun Palas

Tidak lengkaplah jika raya tidak dihidangkan dengan ketupat. Dengan adanya ketupat mestilah disediakan sekali dengan menu rendang ayam atau rendang daging dan serunding.

3. Kuih Raya/ Biskut Raya

Tak ketinggalan juga kuih raya atau biskut raya yang wajib dihidangkan pada pagi raya. Orang kata kalau tak dihidangkan kuih raya tak serilah hari raya kita. Kiranya dah jadi satu kebiasaan atau tradisi masyarakat Melayu apabila tibanya Syawal. Apa biskut raya pilihan anda?

Baca juga : Koleksi Biskut Raya Popular Dan Pilihan Syawal

4. Lemang

Selain ketupat, lemang juga menjadi menu pilihan yang wajib ada di pagi raya. Lemang adalah antara makanan tradisional yang sangat enak dimakan bersama rendang daging.

Itulah antara menu hari raya Aidilfitri popular yang wajib ada pada pagi raya. Adakah menu hari raya ini sama dengan pilihan saya? Terima kasih sudi membaca artikel Koleksi Menu Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Pagi Syawal. Selamat Hari Raya!

1 comment:

Powered by Blogger.