Header Ads

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Lengkap

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Lengkap|Tinggal beberapa hari je lagi raya bakal menjelang. Minggu-minggu terakhir ni ramai yang akan memperbanyakan lagi ibadat untuk mengejar malam lailatulqadar. Tapi ada juga bagi sesetengah yang mengambil masa terakhir ini untuk menghias rumah, membuat biskut raya, beli baju raya dan banyak lagi. Hari ni, saya nak kongsi cara atau panduan solat hari raya aidilfitri bagi umat Islam yang akan mengerjakannya pada pagi hari Ahad (25/6/2017). InshaAllah! Bagi anda yang masih ragu atau terlupa cara solat sunat hari raya aidilfitri, boleh rujuk di bawah.

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Lengkap
Solat Berjemaah Sunat Hari Raya 

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Lengkap 


Berikut adalah dikongsikan lafaz niat solat hari raya aidilfitri, lafaz tasbih, hukum solat hari raya dan cara mengerjakan solat hari raya Aidilfitri ;

1. Lafaz Niat

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Lengkap

Ertinya : Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Lafaz Tasbih

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Yang Lengkap

Hukum Solat Hari Raya Aidilfitri 


Solat hari raya aidilfitri dua rakaat hukumya adalah sunat mu'akkadah (yang dituntut) bagi pandangan Imam Shafie dan Malik. Bagi pandangan mazhab Hanafi adalah wajib manakala Ahmad berpandangan hukumnya ialah fardhu kifayah. Di Malaysia, kita pegang Imam Shafie hukumnya sunat muakkad. Segala tatacara solat hari raya aidilfitri sama sahaja seperti solat lima waktu kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua disertakan dengan ucapan tasbih di antara tiap-tiap takbir.

Tatacara Mengerjakan Solat Hari Raya Aidilfitri 


Rakaat Pertama 

1. Dimulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahuakbar disertakan niat di dalam hati.

2. Membaca doa Iftitah.

3. Takbir tujuh kali diselangi dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan "Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar").

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Qur'an 

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua 

1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat iaitu takbir permulaan rakaat kedua.

2. Takbir lima kali diselangi dengan bacaan tasbih setiap kali takbir diikuti dengan bacaan ("Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar").

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Qur'an.

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

7. Selepas itu khutbah solat raya aidilfitri.

Perkara-Perkara Sunat Pada Pagi Hari Raya Aidilfitri 


● Sunat memakai haruman bagi lelaki manakala wanita tidak disunatkan.
● Sunat menghidupkan malam Aidilfitri.
● Sunat bersarapan walaupun sebiji buah tamar sebelum solat.
● Makmun disunatkan datang awal ke masjid dengan berjalan kaki iaitu selepas Solat Subuh.

Okay dah faham bagaimana cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri? Mudah saja! Bagi anda yang tidak sempat menyertai solat hari raya secara berjemaah maka hendaklah solat dua rakaat secara sendirian. Nak tahu rahsia solat boleh rujuk disini.


Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan kepada mereka yang ingin tahu cara solat hari raya aidilfitri yang betul dan lengkap. Ilmu yang baik boleh dikongsikan kepada rakan kenalan anda. Saya akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam yang berjaya menunaikan ibadat puasa ramadhan dengan sepenuh hati.

No comments

Powered by Blogger.