Header Ads

Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah

Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah |Dekat-dekat nak raya ramailah kaum ibu mengambil kesempatan membuat biskut raya dan kuih raya yang sedap untuk dihidangkan menjelang hari raya nanti. Tak ketinggalan juga para peniaga yang mengambil peluang ini untuk mempromosikan aneka biskut raya terkini dan moden untuk dijual di bazar, kedai-kedai dan juga secara online. Macam-macam jenis kuih raya dan biskut raya popular yang mudah dibuat hanya di rumah. Anda sendiri pun boleh cuba membuat biskut raya enak dimakan seisi keluarga.

Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Koleksi Resepi Biskut Raya 

Biskut raya kalau tak dihidangkan di pagi hari raya maknanya tak serilah rumah anda. Selain itu, biskut raya ini sebagai makanan tambahan atau snek yang mudah dihidangkan jika ada yang membuat rumah terbuka hari raya. Disini penulis ingin senaraikan resepi biskut raya popular yang menjadi pilihan saya dan juga anda untuk dimakan pagi syawal. Anda boleh cuba resepi biskut raya moden dan tradisional di bawah!

Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah 


1. Resepi Biskut Almond London 


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Biskut Almond London 

Bahan-bahan ;
● 250 gram mentega
● 230 gram tepung Redrose / tepung gandum
● 100 gram gula halus
● 50 gram nestum
● 1 sudu teh esen vanilla
● kacang badam secukupnya
● coklat masakan
● cawan kertas bersaiz kecil
● Almond nib

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla.
2. Setelah itu masukkan nestum dan kacau biar serata. Masukkan pula tepung jagung yang telah diayak.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau biarkan doh jadi sebati.
4. Bentukkan doh bulat-bulat kecil dan masukkan kacang di dalamnya.
5. Bakar pada suhu 170 celsius selama 20 atau 25 minit.
6. Cairkan coklat dengan cara double boiling.
7. Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
8. Taburkan badam cincang di atasnya dan biarkan kering.

2. Resepi Biskut Bangkit Kelapa


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Biskut Bangkit Kelapa 

Bahan-bahan ;
● 30 gram tepung gandum
● 160 gram tepung ubi
● 100 gram gula halus
● 90 gram santan pekat
● 1 biji kuning telur
● 1/4 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuatnya :
1. Goreng tepung ubi dan gandum seketika.
2. Kemudian campurkan tepung tadi bersama serbuk penaik dan gula
3. Masukkan telur kuning yang telah dipukul sehingga kembang ke dalam bekas berisi tepung.
4. Kemudian masukkan juga santan sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
5. Canai doh dan terap mengikut acuan yang dipilih.
6. Bakar pada suhu 160 celcius lebih kurang masa dalam 20 - 25 minit.

3. Resepi Biskut Semperit Susu


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Biskut Semperit Susu 

Bahan-bahan :
● 250 gram mentega
● 500 gram tepung jagung
● 1 cawan susu pekat
● 1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya :
1. Lembutkan mentega dahulu dan gunakan mixer dan pukul mentega bersama susu sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla
3. Rehatkan doh selama 10 minit.
4. Keluarkan dan masukkan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
5. Bakar selama 15 minit pada suhu 150 celcius.


4. Resepi Biskut Chipsmore


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Kredit lovingwantie : Biskut Coklat Cip 

Bahan-bahan :
● 1 cawan mentega
● 1 cawan brown sugar
● 1 cawan gula castor
● 2 sudu teh esen vanilla
● 2 biji telur
● 3 cawan tepung
● 1/2 sudu teh garam
● 1 1/4 sudu teh baking soda
● 2 cawan semi chocolate chip
● 1 cawan badam cincang

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga kembang dan sebati.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, baking soda dan garam untuk diayak diikuti badam cincang dan chocolate chips.
4. Guna sudu untuk kaupkan dan susun di atas baking tray.
5. Bakar selama 10 atau 15 minit dengan suhu 170 celsius sehingga biskut menjadi keperangan.

>> Klik Panduan Belajar Buat Biskut Chipsmore Sedap 


5. Resepi Biskut Cornflakes Madu


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Biskut Cornflakes Madu 

Bahan-bahan :
● 5 cawan cornflakes
● 1/4 cawan mentega
● 1/4 cawan madu
● 1 1/2 sudu besar gula kastor
● Ceri atau taburan manik
● Paper cup secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Cairkan mentega dahulu dan masukkan gula dan madu di dalam periuk atas api. Kacau sehingga sebati.
2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes.
3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes.
4. Kacaukan cornflakes sehingga sebati.
5. Sudukan ke dalam paper cup dan hiaskan di atas dengan ceri atau manik.
6. Bakar selama 10-15 minit dalam suhu 150 celsius.

Baca juga : Panduan Buat Biskut Raya Homemade Dengan Mudah


6. Resepi Biskut Mazola 


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Biskut Mazola 

Bahan-bahan :
● 1 cawan kacang dikisar halus
● 4 cawan tepung
● 1 cawan minyak
● 3/4 cawan gula halus
● Kuning telur untuk disapu atas biskut

Cara Membuatnya :
1. Gaulkan kacang, gula dan tepung dengan sebati.
2. Ulikan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lembut.
3. Bentukkan dan sapukan kuning telur di atas biskut dan bakarkan hingga masak.

Artikel berkaitan : Resepi Blueberry Cheese Tart Mudah


7. Resepi Biskut Tart Nenas Gulung 


Koleksi Resepi Biskut Raya Popular dan Mudah
Kredit kelip-kelip : Biskut Tart Nenas Gulung 

Bahan-bahan :

Bahan jem 
● 2 biji nenas, parut dan toskan air 
● 1 batang kayu manis 
● 600 gram gula 
● 2 atau 3 titik pewarna 
Bahan untuk tart 
● 125 gram butter 
● 1 biji kuning telur 
● 1 sudu besar gula kastor 
● 1 sudu besar minyak sapi 
● 1 3/4 cawan tepung gandum 
● 1/4 cawan tepung jagung 
● 1 sudu besar tepung kastard 

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega bersama gula sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam dan kacau hingga sebati.
3. Ayakkan kesemua tepung dan jadikan adunan yang lembut.
4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas.
5. Sapukan tart gulung dengan bahan hiasan. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 175 darjah celsius.

>> Klik Belajar Membuat Tart Mudah dan Sedap 

Banyak aneka resepi biskut raya mudah yang menarik anda boleh cuba. Terdapat resepi almond london, resepi biskut tart nenas, resepi biskut cornflakes madu dan banyak lagi yang dikongsikan disini. Semoga perkongsian ini tentang koleksi resepi biskut raya popular dan mudah dapat membantu mereka yang ingin mencuba membuat biskut raya tahun 2017. 

Kredit info dan gambar - mstar, iresepi 

1 comment:

  1. Wah semua resepi biskut sedap2 Ada kat sini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.