Header Ads

Biodata Kumpulan Floor 88 Lagu Zalikha

Biodata Kumpulan Floor 88 Lagu Zalikha |Kumpulan yang semakin dikenali menerusi lagu berjudul Zalikha iaitu Floor 88 band. Korang dah dengar lagu Zalikha dari Floor 88? Lagu ini baharu saja dimuatnaik di Youtube pada penghujung bulan April lalu tapi kini telah mencecah jumlah tontonan 2.6 juta. Bagi anda yang belum mengetahui kumpulan Floor 88 mesti fikirkan lagu Zalikha dari kumpulan Khalifah. Sebabnya genre lagu ini seakan sama dengan Khalifah band. Rupanya nyanyian ini dari suara merdu Ayie Elham vokalis Floor 88.

Biodata Kumpulan Floor 88 Lagu Zalikha

Biodata Kumpulan Floor 88 Lagu Zalikha 


Sebenarnya band ini diwakili oleh 6 orang anak muda iaitu Ayie (vokalis), Achoi (gitar utama), Falique (bass), Eric Puzi (keyboard), Akram (pemain dram) dan Amir (gitar kedua). Untuk pengetahuan korang, band ni dah lama ditubuhkan dan mereka aktif memasuki beberapa pertandingan Battle Of The Band dan pentas-pentas gig. Jom kenali lebih rapat biodata kumpulan Floor 88!


Biodata Ayie Floor 88 Band 


Nama Penuh : Nik Fadlee Elhamshah
Nama Panggilan : Ayie Elham
Tarikh Lahir : 7 Julai 1997
Asal : Sabah
Umur : 21 tahun (2017)
Vokalis Floor 88

Biodata Achoi Floor 88 Band 


Nama Penuh : Zai Hamzah
Nama Panggilan : Achoi
Tarikh Lahir : 10 Julai 1991
Umur : 26 tahun (2017)
Gitaris utama dan pengasas Floor 88

Biodata Falique Floor 88 Band 


Nama Penuh : Muhammad Falikh Ghazali
Nama Panggilan : Falique
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1988
Umur : 29 tahun (2017)
Bass Floor 88

Biodata Eric Puzi Floor 88 Band 


Nama Penuh : Muhamed Eric Muhamed Fuzi
Nama Panggilan : Eric Puzi
Tarikh Lahir : 15 September 1992
Umur : 25 tahun (2017)
Pemain keyboard Floor 88

Biodata Akram Floor 88 Band 


Nama Penuh : Muhammad Akram Kadir
Nama Panggilan : Akram
Tarikh Lahir : 12 Februari 1990
Umur : 27 tahun (2017)
Pemain dram Floor 88

Biodata Amir Floor 88 Band 


Nama Penuh : Amirul Affeq Mohd. Fuaad
Nama Panggilan : Amir
Umur : 26 tahun (2017)
Pemain gitar kedua Floor 88

Instagram dan Facebook Floor 88


Instagram : @floor88band
Facebook : Floor88

Baca juga : Lirik Lagu Zalikha Floor 88

Dah tahu semua ahli kumpulan Floor 88? Jom layan lagu Zalikha dari Floor 88 dalam video klip official di bawah ini.

3 comments:

  1. Firstime baru tahu pasal kumpulan ni selalu dengar lagu mereka..

    ReplyDelete
  2. Muda2 semuanya meatinramai paeminat Dari kalangan remaja juga ni

    ReplyDelete
  3. Ala..kenapa ayie ja ada asal. Yang lain asal mana?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.