Header Ads

Koleksi Baju Melayu Moden Hari Raya 2017

Koleksi Baju Melayu Moden Hari Raya 2017|Bersempena puasa Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, sejujurnya waktu yang dinantikan umat Islam untuk menyambut bulan Ramadhan. Namun, biasanya bila sebut saja puasa tak terlepas juga kita membuat persiapan untuk belikan baju raya yang baru. Kebiasaannya baju raya yang sering dipakai oleh kaum lelaki seperti Baju Raya Cekak Musang atau pun Baju Melayu Teluk Belanga. Tapi, untuk tahun 2017 baju melayu terkini direka lebih moden dan slim fit mengikut trend semasa yang lebih tampak bergaya .

Koleksi Baju Melayu Moden Hari Raya 2017

Mahu tampil segak bergaya khususnya hari raya nanti? Disini saya kongsikan beberapa koleksi baju melayu moden hari raya 2017.


Koleksi Baju Melayu Moden Hari Raya 2017


1. Baju Melayu Amar Amran
Baju Melayu Amar Amran 

Terdapat pelbagai koleksi baju raya lelaki atau Baju Melayu rekaan Amar Amran yang lebih smart dan moden. Ia sesuai dipakai oleh anak muda yang gemar memilih pakaian jenis slim fit. Apa kata anda cuba pakai untuk raya tahun 2017? Jika anda nak dapatkan baju melayu ini layari ke link ini Baju Melayu Amar Amran.

2. Baju Melayu Heida Meihadz Meeraj
Baju Melayu Heida Meihadz Meeraj 

Baju melayu dari rekaan Heida Meihadz Meeraj ini tampak lebih versatile dengan rekabentuk lebih minimal dan diperbuat dari cotton. Rasanya baju melayu moden terkini ini akan menjadi pilihan untuk hari raya 2017. Anda berminat boleh dapatkan dengan layari Baju Melayu Heida Meihadz Meeraj.

3. Baju Melayu Amar Amran


Lagi satu koleksi rekaan Amar Amran yang nampak seakan sama dengan nombor 1. Ia lebih elegan dengan warna yang lebih lembut. Gambar di atas berwarna baby blue. Anda boleh dapatkan baju melayu ini dengan klik pautan Disini.


4. Baju Melayu Jumaart

Baju Melayu Kamdar Jumaart atau Baju Melayu Johor adalah satu pilihan bagi anda untuk tahun 2017. Baju melayu ini sentiasa menjadi pilihan bagi yang berbadan besar kerana bahagian kollar berleher bulat yang sedap dipakai. Anda boleh cuba dengan dapatkan Baju Melayu Jumaart.

Baca juga : Koleksi Jubah Lelaki Moden Tahun 2017

Cantik kan semua baju melayu yang disenaraikan? Anda tak perlu susah, kini anda boleh beli baju melayu online dengan layari link yang saya sediakan di atas. Semoga info ini mengenai Baju Melayu Moden 2017 memberi manfaat kepada anda yang bakal menyambut puasa Ramadhan dan lebaran tak lama lagi. Baca juga Baju Kurta Moden Lelaki 2017.

No comments

Powered by Blogger.