Header Ads

Cara Terbaik Menerima Pembayaran Google Adsense

Cara Terbaik Menerima Pembayaran Google Adsense Dari Western Union | Bagi blogger yang mempunyai akaun Google Adsense pastinya tidak sabar detik 22@23 haribulan kerana itulah paling bermakna buat blogger untuk menerima 'Statement Of Earnings' di akaun masing-masing. Ketika itulah peluang anda untuk mengeluarkan hasil pendapatan anda dari akaun Google Adsense. Tak ketinggalan juga saya menanti resit pembayaran bulan 23 Mac 2017... syukur alhamdulilah setelah 2 bulan kumpul hasilnya saya dapat cashout Google Adsense berjumlah USD$425.69.

Cara Terbaik Menerima Pembayaran Google Adsense
Cashout Google Adsense From Western Union 

Baik... kalau ditukar masa kini dengan kadar tukaran USD Dollar dengan ringgit Malaysia telah mencecah 1USD →RM4.4. Bayangkan kalau ditukarkan memang masyuk kan. Tu lah bagi sesiapa sahaja marketing online atau pun blogger pastinya Adsense menjanjikan yang terbaik buat anda. Memang Google Adsense adalah method janakan duit paling terbaik di dunia setakat masa kini. Bagaimana anda keluarkan adsense, Western Union atau Wire Transfer?

Sebelum ini kaedah yang aku guna untuk cash out earning adsense adalah menggunakan Western Union. Tapi kali ini aku still guna Western Union sebabnya jika guna wire transfer dikenakan caj. Kalau tak silap. Anda boleh lihat sendiri cara keluarkan adsense melalui Western Union di sini. Aku nak cerita serba sedikit cashout adsense western Union di Pejabat Pos. Anda boleh pilih mana-mana cawangan yang menyediakan pengeluaran akaun di Western Union. Jangan risau kebanyakan bank menyediakan servis ini seperti RHB, Public Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi.

Cara Keluarkan Google Adsense Dari Western Union 


1. Cetak Payment Receipts Adsense Anda

Sekiranya anda memilih keluarkan akaun adsense melalui Western Union, pastikan cetak slip resit dibawa sekali untuk memudahkan kerani kendalikan urusan dengan anda. Sebabnya first time dulu saya cash out adsense di Pejabat Pos, ditanya 'saudara buat kerja apa dengan Google'? Secara direct saya jawab..... saya seorang blogger. Diam terus...!

Dengan adanya slip resit ini ia sebagai bukti anda untuk keluarkan duit adsense. Tak lah nanti mereka curiga terhadap anda. Biasalah bayangkan korang bawa keluar USD300... pastinya membuatkan sesiapa sahaja terkejut. Kan?

2. Minta Borang Western Union

Jika anda memilih Pejabat Pos atau bank, caranya sama sahaja minta borang penerimaan Western Union bukannya pengeluaran pulak... Setelah itu, pastikan anda isikan maklumat yang berkenaan dengan tepat berpandukan slip resit itu, misalnya;
● Nama Deposit
● Alamat Tetap
● Warganegara
● Pekerjaan (Letak ja Blogger)
● Nama Majikan (Letak Google)
● Nombor Kawalan Pindaan Wang (MTCN) -PENTING!
● Nama dan Alamat Pembayar

3. Lengkapkan Borang

Pastikan nombor MTCN anda tepat sebiji seperti slip resit tersebut. Setelah itu, letak akaun anda terima bayaran dan nilai sendiri kepada ringgit Malaysia. Google je senang kadar tukaran terkini USD → RM.

4. Pergi ke Kaunter

Selesai sahaja isi, ambil nombor dan tunggu giliran anda. Pergi ke kaunter dan sertakan IC anda. Jika kerani tu peramah tanya macam-macam jawab jer dengan mudah saya marketing online atau blogger. Sesudah itu, terimalah wang berbentuk tunai.

Mudahkan... nak dapat info lanjut kunjung jer link di atas tadi. SIMPLE N PANTAS!

Diharapkan next pembayaran moga-moga dapat lebih baik. Buat masa sekarang saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini. Semoga informasi tips atau cara keluarkan adsense melalui Western Union sedikit sebanyak membantu anda dengan lebih mudah. Berjuanglah dapat akaun Google Adsense! Pasti anda tak akan menyesal.. Salam ukhuwah dari Lokmanamiruldotcom.

5 comments:

  1. wahh good sharing.. tp kita apply asyik tak approve lagi.. uhukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak terus mintak lagi...sbb persaingan tinggi...sy syorkan akak buat niche travel dlm entri lebeh kurang 10.

      Delete
  2. tahniah..byk lokman kumpul 2 bln tu..

    ReplyDelete
  3. wau boleh iklan lagi la lepas ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.