5 Sukan Termahal Di Dunia

5 Sukan Termahal Di Dunia. Sukan apa yang anda minat? Tidak dapat dinafikan sukan adalah satu medium penting bagi setiap individu  dan juga platform untuk mereka menjalankan aktiviti riadah, mengeratkan hubungan silaturahim ataupun sebagai mata pencarian. Bagi saya, ketika zaman persekolahan chess adalah satu hobi saya seterusnya menjadikannya ia satu sukan yang sangat digemari sehingga kini. Namun begitu, setiap sukan mempunyai nilai dan kos tertentu. Sukan yang disukai ramai sudah tentu bola sepak memandangkan mereka hanya perlu menyediakan sebiji bola, sepasang kasut boot, pakaian yang sesuai serta kawasan yang lapang sesuai untuk bermain. Setuju kan? Kali ini, saya menyenaraikan lima sukan paling mahal di dunia.

Image result for highest sport
Sukan Paling Mahal Dunia

Pasti anda sangka sukan golf adalah sukan paling mahal di dunia. Sebenarnya, tanggapan anda salah kerana ada beberapa sukan yang lain yang layak berada dalam antara sukan termahal di dunia. Sukan yang saya maksudkan adalah sukan yang majoriti dipelopori oleh orang Barat dan Amerika Latin. Sukan yang mahal maknanya kos peralatan, kejurulatihan dan penyelenggaraan bukannya hadiah pertandingan. Jom terjah 5 sukan termahal di dunia!

5 Sukan Termahal Di Dunia


1. Lompat Ski

Image result for lompat ski

Sekali pandang sukan lompat ski memang tidak layak untuki memasuki sukan termahal di dunia. Kos peralatan asas yang diperlukan oleh seseorang itu untuk bermain sukan lasak ini mencecah AS$2,500 (RM11,071) juga masih belum bolreh dikategorikan sebagai sukan mahal. Namun untuk menceburi sukan ini anda memerlukan jurukatih untuk mahir dan mahir bereti bayaran yang dikenakan juga cukup tinggi. Selain itu, untuk memasuki kawasan latihan juga memerlukan kos yang agak tinggi. Seorang atlet sukan lompat ski yang aktif memerulukan peruntukan sekurang-kurangnya AS$100,000 setahun dan jumlah tersebut tidak termasuk insurans nyawa dan kemalangan wajib diambil setiap hari.

2. Polo

Image result for polo

Seorang atlet yang terlibat dalam sukan Polo perlu memiliki kuda elit yng memerulukan penyelenggaraan yang tinggi merangkumi latihan, peralatan menunggang dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri sukan ini banyak diminati oleh anak kerabat diraja yang mengganggap sukan ini mempunyai nilai estitika yang tersendiri. Malah, sukan Polo ini juga mewajibkan seseorang atlet memiliki kuda lebih daripada seekor dan kebiasaannya berjumlah empat ekor. Sepasang kuda perlu menjalani latihan yang menelan kos kira-kira AS$2,500 sebulan. Bagi menyertai pertandingan, seseorang atlet tersebut perlu mengeluarkan belanja antara AS$3,500 hingga AS$150,000 bergantung kepada reputasi kejohanan  yang disertai.

3. Equestrian

5 Sukan Termahal Di Dunia

Sukan Equestrian adalah sukan yang melibatkan kemahiran menunggang serta mengawal kuda untuk melakukan beberapa disiplin melibatkan keserasian antara penunggang dan kuda itu sendiri. Bagaimanapun, untuk beraksi lebih serius dalam sukan Equestrian memerlukan kos yang sangat tinggi merangkumi latihan dan penyelenggaraan kuda. Menurut laporan media antarabangsa, kos untuk memasuki pertandingan Equestrian peringkat antarabangsa memerlukan bajet sekitar AS$200,000 setahun tidak termasuk harga untuk membeli kuda.


4. Formula One

Image result for formula one

Belum ada nilai yang tepat mengenai jumlah yang perlu dibayar oleh seseoerang untuk menjadi pelumba F1. Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas Formula One Team, Toto Wolff mendedahkan tiada jalan pintas buat individu yang mahu menyertaui perlumbaaan F1. Sebailknya, semua pelumba perlu melalui banyak fasa yang memerlukan kos sangat tinggi sebelum boleh mendapat lessen sebagai pemandu F1. Kata Wolff, kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu beraksi dalam perlumbaan go kart terlebih dahulu dan seterusnya beralih kepada perlumbaan F4, F3 dan F2 yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM47.71 juta.

5. Pelayaran

Image result for pelayaran sukan

Tahukah anda memiliki sebuah kapal layar sebenarnya lebih mahal daripada harga sebuah kereta. Sebuah kapal layar jenis AC72 yang mengambil bahagian dalam acara  American Cup memerlukan kos sehingga ratusan juta ringgit termasuk kos untuk penyertaannya dalam perlumbaan yang mengambil masa beberapa bulan. Anda boleh lihat sendiri sukan pelayaran ini juga dianggap salah satu sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia termasuklah pertandingan berstatus antarabangsa iaitu Kejohanan Monsoon Cup. Selain itu, selepas musim berakhir, kapal layar perlu dijaga rapi untuk memastikan ia kembali boleh digunakan pada perlumbaan dan itu juga melibatkan kos yang besar.

Inilah antara sukan yang termahal di dunia. Sebenarnya banyak lagi sukan yang layak berada dalam 10 senarai sukan paling mahal di dunia. Tak dinafikan sukan adalah satu pekerjaan yang dianggap lumayan. So, tidak hairanlah sukan-sukan yang terdapat di dunia ini mempunyai nilai yang tertentu sekaligus membuka peluang kepada individu untuk menjadi sebagai seorang atlet yang berjaya. Anda boleh lihat sendiri atlet jagoan Malaysia Datuk Lee Chong Wei yang menjadi ikon negara dek kerana menceburi sukan dan menjadi jutawan hanya sebagai seorang atlet.

Diharapkan informasi ini memberi sinaran kepada anak-anak muda untuk menceburi dan menunjukkan bakat dalam sukan-sukan tersebut. Sila komen sukan apa yang disukai anda?

Sumber Petikan : KOSMO

2 comments.. read them below or add one

SalbiahM SalbiahM March 26, 2017
minat badminton dan bola sepak. tapi bola sepak pandai tengok je. Nice info by the way!