Resepi Sotong Masak Tomato Pedas dan Sedap

Resepi Sotong Masak Tomato Pedas dan Sedap |Pernah ibu anda masak sotong bersos tomato? Pasti resepi ini agak berlainan sedikit kerana masakan sotong ditambah dengan sos tomato bukannya sos cili. Sebenarnya masakan ini ala-ala masakan sotong sos cili, tapi ditukarkan dengan sos tomato. Apa menariknya dimasukkan dengan teh McCormick Cajun Seasoning. Korang boleh try masakan ini!

Resepi Sotong Masak Tomato Pedas dan Sedap

Resepi Sotong Masak Tomato Pedas


Bahan-Bahan :

● 400gm sotong - dibersihkan dan dipotong bulat
● 1 biji bawang besar - dihiris nipis
● 1 biji cili benggala merah - dihiris memanjang
● 5 sudu makan sos tomato
● 1 sudu makan minyak jagung
● 3 sudu teh McCormick Cajun Seasoning
● 4 sudu teh tepung jagung
● Garam secukup rasa

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Masak Sedap

Cara Memasak : 

1. Gaul sotong dengan tepung jagung. Kemudian, panaskan minyak dan goreng perlahan.

2. Selepas itu, panaskan minyak, tumis cili benggala dan bawang besar sehingga naik bau.

3. Seterusnya, masukkan garam dan McCormick Cajun Seasoning. Kacau rata dan kaup balikkan.

4. Akhir sekali, masukkan sos tomato dan sotong. Biarkan seketika. Jika anda tidak suka sos tomato, boleh ditambah sos cili dan sos berbekiu.

5. Sediakan hidangan ini untuk sekeluarga.

Selamat mencuba!

Kredit : majalah rasa

4 comments.. read them below or add one

Adam Adam January 22, 2017
Yang ni apa, saya tak pernah dengar:McCormick Cajun Seasoning
Cik Ash Cik Ash January 24, 2017
sedap nampak boleh cuba nanti bila ada sotong