Resepi Cream Mushroom Soup Sedap Ala Pizza Hut

Resepi Cream Mushroom Soup Sedap Ala Pizza Hut| Adakah anda peminat sup cendawan berkrim? Tentunya anda biasa makan Cream Mushroom Soup kat Pizza Hut atau Domino Pizza. Pastinya ia menjadi pilihan untuk anda menikmati keenakannya.

Sebenarnya, mushroom soup adalah salah satu kegemaran saya lebih-lebih lagi jika mengalami demam panas, sudah tentu mushroom soup pilihan terbaik untuk hilangkan haba badan.

Resepi Cream Mushroom Soup Sedap Ala Pizza Hut

Berikut saya akan kongsikan resepi cream mushroom soup pilihan dari ibu saya yang diambil dari majalah-majalah termasuk resepi di laman web. Kalau dah ada mushroom soup sudah tentu kena sediakan garlic bread sebagai pendamping.  Jom kita pelajari cara membuat homemade mushroom soup yang mudah ini.

Resepi Cream Mushroom Soup Sedap Ala Pizza Hut


Bahan-bahan:

● 7 biji cendawan
● 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
● 1/2 biji bawang besar (dipotong halus)
● satu kiub pati ayam (suggest jenama maggi)
● suku tin susu sejat better ambil ideal's brand
● 1 sudu besar lada hitam ditumbuk sehingga lumat
● susu segar jika ingin tambah

Cara-cara :

1. Panaskan periuk terlebih dahulu. Masukkan cendawan, bawang putih, bawang besar yang telah dipotong halus. Pastikan masak bahan-bahan tu sehingga rasa lembut.
2. Bila dah agak-agak lembut, masukkan air pati ayam (satu kiub + satu cawan air masak). Kacaukan biar sehingga ia mendidih dan kemudian tutup api.
3. Masukkan bahan-bahan tadi kedalam periuk ke dalam blender. Ni ikut suka anda nak biarkan sehingga lumat atau sedikit kasar.
4. Sudah lepas blender, masukkan semula bahan-bahan itu ke dalam periuk. Panaskan semula dan masukkan sejuk sejat termasuk lada hitam sekali. Kacau rata dan masukkan susu segar dalam 2 senduk.
5. Biarkan kacau sehingga benar-benar mendidih. Kalau anda rasa kurang masin, tambahkan garam sedikit, kebiasaannya mushroom dah rasa masin.
6. Dah siap setelah mendidih! Kalau nak lagi enak makan bersama roti garlic.

Sedapkan! Pasti anda kena cuba resepi cream mushroom soup yang mudah ini. Ringkas ja step nak membuat. Selamat mencuba!

Gambar kredit Google
Sumber vinnity

4 comments.. read them below or add one

Wani Sukarno Wani Sukarno December 24, 2016
Sup paling favorite..resepi pun mudah ..tak tahulah kaalu orang kata susah lagi :)))
lokman amirul lokman amirul December 24, 2016
Tula kan...memang senang sgt buat..
reezluv reezluv December 29, 2016
biasa aku beli ready made je tu jenama Cambell tu..sama je rasanya..syok betul cicah roti garlic..meleleh