Hukum Ucap Merry Christmas

Hukum Ucap Merry Christmas |Tiba saja perayaan hari Krismas ada saja yang akan memberi ucapan 'Merry Christmas'. Bolehkah kita seorang muslim yang beri ucapan Merry Christmas kepada penganut beragama Kristian. Terlebih dahulu kita fahami apa dimaksudkan Merry Christmas.

Hukum Ucap Merry Christmas

Definisi Merry Christmas

Menurut English Oxford Living Dictionaries adalah "cheerful and lively". Manakala Christmas pula bermaksud "The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western church". Ia berasal daripada bahasa Inggeris klasik - Cristes merujuk kepada Jesus Christ dan maesse iaitu sambutan jamuan suci bagi penganut Kristian.

Hukum Beri Ucapan Merry Christmas


Memetik dari sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman web rasminya telah mengeluarkan kenyataan bahawa ucapan Merry Christmas adalah diharuskan. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan telah berpendapat dengan beberapa hujah, ucapan tersebut adalah simbol perpaduan untuk masyarakat yang hidup secara majmuk.

Walaubagaimanapun, umat Islam tetap perlu mematuhi syarat seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan dan tidak membabitkan diri dengan ritual perayaan Hari Krismas.

Semoga dengan perkongsian ini yang tiap tahun saja jadi kekeliruan umat Islam di Malaysia dengan mengetahui sebenar hukum ucapan Merry Christmas terhadap penganut Kristian.


[SUMBER]

1 comment... add one now

PeRdU cINta PeRdU cINta December 25, 2016
jelas..dan terima kasih perkongsian ya :)