Permohonan Borang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Kedah 2017

Permohonan Borang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Kedah 2017 |Sesi persekolahan 2017 dah bermula kan? Berita baik kepada ibu bapa atau waris kepada anak-anak yang masih bersekolah, anda kini boleh membuat permohonan bantuan awal persekolahan 2017 dari Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan Borang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Kedah 2017

Anda boleh dapatkan borang bantuan awal persekolahan zakat Kedah ini mula diedarkan pada 1 Januari 2017 di masjid-masjid yang ditetapkan untuk dibuat agihan borang. Untuk makluman, sumber kewangan adalah dari hasil kutipan zakat yang dibayar di Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan Borang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Kedah 2017


Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan permohonan borang bantuan awal persekolahan 2017 dari Lembaga Zakat Negeri Kedah :

Syarat Penerima Bantuan Awal Persekolahan 2017


● Berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah sebulan
● Setiap pemohon suami atau isteri mestilah mempunyai bilangan anak yang BERSEKOLAH sekurang-kurangnya tiga (3) orang.
● Pemohon ibu tunggal pula mestilah mempunyai bilangan anak yang bersekolah sekurang-kurangnya dua (2) orang.
● Anak yang sedang belajar di peringkat PRA SEKOLAH atau INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) tidak diambil kira.

Permohonan Borang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Kedah 2017

Cara Memohon Borang Bantuan Awal Persekolahan 2017


1. Bawa bersama KAD PENGENALAN dan SURAT BERANAK (anak2 dan waris) yang asal.

Untuk dapatkan keterangan lebih lanjut layari ke Facebook rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah atau ke laman web www.zakatkedah.com.

Semoga adanya bantuan awal persekolahan ini daripada zakat Kedah dapat membantu dan meringankan bebanan ibu bapa dalam kewangan untuk perbelanjaan anak bersekolah.

Sumber : FB Lembaga Zakat Negeri Kedah

0 comment... add one now