Header Ads

5 Cara Memilih Kad Kredit Dengan Bijak

5 Cara Memilih Kad Kredit Dengan Bijak |Pernah anda memiliki kad kredit? Tahu bagaimana cara memilih kad kredit? Pasti masa kini menjadi perkara biasa bagi sesiapa sahaja untuk memiliki sehingga 4 atau 5 keping kad kredit. Ia bagaikan satu keperluan dan kemudahan lebih-lebih lagi jika anda berada dalam situasi kecemasan.

5 Cara Memilih Kad Kredit Dengan Bijak

Namun begitu, ada sesetengah yang masih keliru untuk membuat pemilihan kad kredit yang bijak. Jadi, katakan anda sedang mencari dan research kad kredit, yang mana satu anda perlu dapatkan? Apakah aspek yang perlu anda bandingkan? So, dalam artikel ini akan menjelaskan kepada pembeli yang keliru akan pemilihan kad kredit.

Sebelum anda bermula, pastikan terlebih dahulu mengunjungi laman web perbandingan terbaik Boleh Compare untuk belajar dan timba pengetahuan serba sedikit tentang kad-kad kredit yang sedia ada di pasaran. Carilah kad yang memberi pengecualian yuran penyertaan dan tahunan.

5 Cara Memilih Kad Kredit Dengan Bijak 


Di bawah adalah dikongsikan aspek-aspek yang perlu dibandingkan oleh seseorang apabila anda membuat keputusan untuk memilih kad kredit yang bijak.

1. Bagi sesiapa yang mahu tunai segera

Kad kredit anda boleh digunakan untuk mengambil pendahuluan tunai. Sebenarnya ada dua cara iaitu yang pertama adalah menggunakan kad kredit anda di mana-mana ATM untuk membuat pengeluaran kod PIN yang betul.

Manakala kaedah kedua adalah untuk mendapatkan pinjaman tunai yang turut dikenali Mudah Tunai. Di mana pinjaman-pinjaman ini diambil atas had kredit anda yang sedia ada yang dipindahkan ke akaun simpanan atau semasa anda.

2. Bagi yang pentingkan kos yuran

Salah satu aspek yang paling penting jika anda ingin menggunakan kad kredit adalah memilih kad kredit yang tiada caj tahunan atau paling murah dan juga pilihan untuk mengetepikan cukai perkhidmatan kerajaan. Untuk buat perbandingan boleh dibuat di laman web Boleh Compare.

3. Bagi Program pemindahan baki

Apabila anda menggunakan kad kredit untuk pemindahan baki, sesetengah pengeluar kad kredit mengenakan yuran dan juga caj kewangan dalam lingkungan 0 hingga 7% daripada jumlah pindaan. So anda perlulah buat pilihan kad kredit yang mengenakan caj yuran yang rendah bagi pemindahan baki.

4. Bagi pemilihan kad Islamic atau konvensional?

Sebagai seorang Muslim, pasti anda mahu dapatkan kad kredit pembiayaan Islamic yang tidak melibatkan sistem riba yang hanya berfungsi dengan perniagaan halal. Anda perlu juga dapatkan kad kredit Islamic yang menawarkan dengan kadar caj yang kompetitif.

5. Bagi pemberi ganjaran kad kredit

Anda tidak perlu runsing dengan membandingkan kadar faedah pembiayaan, sebaliknya dapatkan kad kredit memberi ganjaran atau manfaat yang anda boleh perolehi. Berikut adalah antara ganjaran yang ditawarkan ;

● Manfaat Minyak Petrol
Memberi % rebat yang tinggi atas pembelian petrol.

● Manfaat Pulangan Tunai
Memberi % tertentu sebagai rebat atas urusniaga kad kredit.

● Manfaat Mata Ganjaran
Jika anda seorang kaki shopping dan gemar berbelanja besar, mata ganjaran kad kredit juga boleh ditebus untuk hadiah dan ganjaran yang lain. Contoh macam kad kredit 10,000 treats points bersamaan RM50 lebih kurang, anda boleh tebus membeli kamera RM500 dengan hanya penambahan beberapa ringgit sahaja.

Macam mana okay dah faham apa aspek perbandingan yang perlu anda tahu?

Itu adalah cara-cara untuk memilih kad kredit yang terbaik sebelum anda terfikir untuk menggunakan kad kredit bagi apa-apa tujuan sekalipun. Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan kad kredit dan pilih yang terbaik buat anda.

Jika anda tidak ada masa dan ingin dapatkan maklumat lanjut terhadap setiap satu kad kredit yang ada di Malaysia, anda boleh layari ke laman web RinggitPlus untuk membaca perbandingan dan pertimbangan terbaik kad kredit.

Untuk makluman, RinggitPlus bukan sahaja sesuai untuk membuat pemilihan kad kredit tetapi ia juga boleh dibuat untuk perbandingan pinjaman peribadi, pembelian insurans, pinjaman perumahan dan sebagainya.

Adakah anda seorang yang bijak memilih kad kredit ?

Semoga informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan merungkai persoalan bagaimana untuk membuat pemilihan kad kredit yang tepat. Jika ingin dapatkan maklumat lanjut, dapatkan di Boleh Compare untuk membuat perbandingan kad kredit anda.

2 comments:

  1. Haisss banyak betul info kat blog man ni.. Jeles akak tau.. Hehehe.. Tapi akak doakan man terus berjaya dalam dunia blogging ni..

    Bab kad kredit ni akak takut sikit.. Sbb tu sampai sekarang tak punye kad kredit.. hehehe

    ReplyDelete
  2. kad kredit tak salah...yg salah tu pemakainya...kalau kad kredit tu salah...dah lama dah cef yg pegang pisau kat dapur tu mati kena tikam dgn pisau yg dia guna hari2 tu hahaha.... sepanjang sy guna credit card, sy boleb jimat dgn agak byk... from groceries, fuel spending to online purchase. dpt cash back + collect point lagi. dpt gak redeem AirAsia point haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.