Header Ads

4 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Wajib Dilawati

4 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Wajib Dilawati | Pernah anda melancong di Pulau Pinang? Apakah tempat menarik di Penang? Biasanya Pulau Pinang terkenal dengan tempat makanan yang best, antaranya yang popular nasi kandar, murtabak, laksa pineng dan banyak lagi. Kali ini, Lokman nak kongsikan kepada anda tempat menarik yang ada di Pulau Pinang yang pasti sangat mengujakan.


4 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Wajib Dilawati

Sebelum tu Lokman kenalkan dahulu serba sedikit mengenai Pulau Pinang, negeri kelahiran ibunda saya. Pulau Pinang atau dikenali sebagai Pulau Mutiara ini adalah di antara salah satu lokasi paling menarik untuk dilawati di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu sebelah pulau dan Seberang Perai.

Tambahan lagi Georgetown ibu negeri Pulau Pinang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tempat bersejarah di Malaysia. Oleh sebab inilah, Pulau Pinang menjadi pilihan para pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara sebagai salah satu lokasi percutian utama di rantau Asia. Hah, jomlah terjah tempat apa yang menarik Pulau Pinang!


4 Tempat Menarik di Pulau Pinang


1. Bukit Bendera

Bukit Bendera mungkin tidak asing lagi salah satu tempat menarik di Penang yang wajib dikunjungi. Ia adalah di antara lokasi paling ikonik kerana anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Pulau Pinang daripada puncak Bukit Bendera ini. Anda boleh pilih sama ada untuk mendaki bukit ataupun menaiki tren untuk ke puncaknya.


2. Penang 3D Trick Art Museum


Anda suka ilusi dan perkara-perkara yang memainkan otak anda? Hah, ini tempat yang sesuai untuk dilawati! Penang 3D Trick Art Museum ini penuh dengan hasil seni mural yang memberikan efek 3D dan juga figura bersaiz sebenar! Kalau korang lihat seperti gambar sebenar atau hidup, tapi rupa-rupanya hanyalah lukisan 3D.
Memang terbaiklah untuk anda yang gemar berswafoto, tempat ini layak untuk anda bertangkap gambar. Hanyalah murah saja tiket untuk memasuki museum ini dengan bayaran RM10 sahaja. So, memang anda patut pilih tempat ini dalam perancangan anda jika melancong di Pulau Pinang.

3. Escape Theme Park

Sekiranya anda adalah seorang yang meminati aktiviti lasak, gemar bersukan maka tempat ini sangat sesuai untuk anda memuaskan nafsu lasak anda itu! Nak tahu apa tempatnya? Inilah Escape Theme Park adalah tempat yang bertemakan sukan lasak yang terdapat pelbagai aktiviti menarik di lokasi ini yang sesuai untuk semua lapisan umur, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak.
Escape Theme Park menyediakan pelbagai aktiviti antaranya seperti Go Bananas, Jungle Swinger & Flying Lemur, Aerobat dan banyak lagi untuk dicuba. Anda boleh kunjungi terus laman web Escape Theme Park untuk dapatkan maklumat terperinci berkenaan aktiviti yang ada dan kriteria untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

Baca juga : Tempat Menarik di Pulau Langkawi

4. Muzium Perang

Bagi yang meminati sejarah berkisarkan penjajahan British di Pulau Pinang atau bekas jajahan Union Jack, rasanya Muzium Perang adalah antara tempat pilihan menarik di Penang yang mempunyai unsur-unsur sejarah dan patriotik. Muzium ini mempunyai barang-barang peninggalan sewaktu perang dunia kedua yang digunakan oleh British. Di sini anda dapat melihat anti-craft pit, gun firing bay, tempat simpanan peluru, terowong bawah tanah dan banyak lagi.
Diharapkan dengan perkongsikan ini anda dapat membuat perancangan terbaik untuk bercuti di Pulau Pinang. So apa lagi jangan lepaskan peluang untuk bercuti bersama dengan anak anda lebih-lebih lagi ketika cuti sekolah.

No comments

Powered by Blogger.