Tips Pelajar Cemerlang Menghadapi Peperiksaan SPM

Sapa yang tak pernah hadapi dugaan ketika menjawab peperiksaan SPM? Saya pasti semua dah pernah lalui. Mesti gemuruh kan....mana tidaknya SPM penentu hala tuju kita untuk sambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Sebagai batch 96, tergerak hati ingin kongsi beberapa tips yang berguna ketika menghadapi peperiksaan khasnya untuk pelajar SPM sedikit sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan.

Tips Pelajar Cemerlang Menghadapi Peperiksaan SPM

Tips Ketika Menghadapi Peperiksaan

1. Ulangkaji Pantas

Detik-detik akhir dalam seminggu lagi ja nak exam, korang perlu membuat ulangkaji pantas ini dengan membuat nota ringkas, nota poket dan nota formula berkait. Malah, korang perlu juga mencari keutamaan subjek dengan membaca soalan past year serta baca skema jawapan sekali.

Tips Pelajar Cemerlang Menghadapi Peperiksaan SPM
Jangan jadi macam ni pulak! Last2 minit baru study, konpem tak kan masuk.

2. Semak Jadual Terlebih Dahulu

Jadual peperiksaan perlu juga disemak terlebih dahulu kerana ia sangat penting. Apa yang pentingnya? Pertamanya korang tahu bila hari dan masa exam subjek tersebut, sebabnya takot anda terlepas atau terlewat menduduki peperiksaan. Keduanya kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab.

3. Keperluan Asas Alat Menjawab

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Pastikan korang bawa kalkulator dan alat geometri khususnya subjek pengiraan. Jangan terlupa yaa...bawa alat tulis dan kelengkapan yang lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan perlu juga diambil perhatian!

4. Jaga Pemakanan 

Jaga pemakanan salah satu faktor penting yang perlu ambil oleh pelajar khususnya ketika hendak menjawab peperiksaan. Sudah pastinya anda tidak rela ulang ke tandas dan mestinya ia menganggu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan adalah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Lagi mustajab makan kismis sebelum menjawab exam.

Baca jugaDoa-Doa Untuk Menghadapi Peperiksaan

5. Mohon Maaf dan Berdoa

Hampir peperiksaan jadilah insan yang baik mohon maaf dan berbuat baik serta mendapat restu daripada guru dan ibu bapa anda. Dari segi psikologi, kalau anda memaafkan orang atau berbuat baik kepada ibu bapa jiwa anda akan rasa tenang hinggakan memberikan ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan. Akhir sekali dan paling penting, perlulah berdoa kerana kita hidup di dunia ini ditentukan oleh penciptanya.

Tips Pelajar Cemerlang Menghadapi Peperiksaan SPM
Pastikan anda tak bawa toyol, bukan yang toyol curi duit tu...ni toyol bagi jawapan!

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pelajar semua khususnya pelajar SPM tahun 2016 yang tak lama lagi menduduki peperiksaan SPM.

1 comment... add one now