Panduan Doa Untuk Menghadapi Peperiksaan

PAGI-PAGI ni lokman nak kongsikan khas buat bakal calon spm 2016 yang akan menduduki peperiksaan Hari ni. ini ia panduan doa ketika menghadapi peperiksaan. Doa-doa ini boleh dijadikan panduan dan amalan kita semua sebelum menuntut ilmu atau belajar.

Panduan Doa Untuk Menghadapi Peperiksaan

DOA-DOA KETIKA MENUNTUT ILMU


a) Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


            Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

  
b) Doa Pembuka Hati

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ


Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”



c) Doa Mengulangkaji Pelajaran

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ  وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 


Terjemahan“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”


d) Doa Sebelum Belajar

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”


 e) Doa Sedang Belajar


اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ


“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”
                              

f) Doa Selepas Belajar

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”


 g) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ


“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”


h) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ


“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة,
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك, والصلاة والسلام على سيدنا محمد في الأولين والأخرين, وسلم ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب رسول الله اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,  dosa  saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa  guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran . sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai  sasaran . bagi kualiti dan  .bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami  menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri  kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. 

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah..

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر وَصَلَّى الله عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِينَ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ وَالحَمدُ ِللهِ رَبِّ العَلَمِينَ.

Semoga perkongsian ini memberi makna kepada bakal calon yang menghadapi peperiksaan.

2 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli November 07, 2016
insyaAllah. kita pn boleh amalkan ni :)
Unni Anje Unni Anje November 08, 2016
moga dipermudahkn nice info lokman