Header Ads

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda

Akan datang tidak lama lagi drama terbaru di Slot Samarinda iaitu Drama Lara Cinta Ameena yang diarahkan oleh pengarah Suhaimi Lua Abdullah. Drama Lara Cinta Ameena ini menampilkan pelakon baru dan lama yang dilakonkan iaitu Tiz Zaqyah, Zarina Zainoordin dan Raja Afiq sebagai watak utama dalam drama itu.

Drama ini yang bersiaran selama 15 episod akan disiarkan mulai 29 November 2016 untuk menggantikan drama Umairah bermula hari Isnin hingga Khamis di TV3 jam 10.00 malam. Apa perjalanan cerita mengenai kisah drama Lara Cinta Ameena? Mesti anda tertunggu-tunggu gandingan baharu Raja Afiq DFKL bersama Tiq Zaqyah pelakon wanita agak senior.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda

Barisan Pelakon Drama Lara Cinta Ameena

● Tiq Zaqyah sebagai Ameena
● Raja Afiq sebagai Radhuan
● Zarina Zainoordin sebagai Ezzaty
● Lia Natalia
● Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena Slot Samarinda

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Drama Lara Cinta Ameena ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Ameena merupakan anak yatim piatu dan miskin yang telah berkahwin dengan Radhuan berasal dari keluarga hartawan. Perkahwinan mereka ini goyah kerana campurtangan pihal ketiga iaitu ibu Radhuan. Akhirnya cinta mereka musnah apabila telah difitnah oleh ibu Radhuan. Apa kesudahannya cinta mereka ini, jangan lupa saksikan drama Cinta Lara Ameena di slot Samarinda.

Bagi pembaca setia blog lokmanamirul, jangan lepaskan saksikan drama terbaru ini iaitu Drama Cinta Lara Ameena yang nampak agak kelainan kerana dibintangi pelakon berwajah baru dalam industri drama Malaysia walaupun pernah berlakon dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz.

1 comment:

Powered by Blogger.