Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41/S29

Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41/S29 Adakah anda calon Peperiksaan Online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29? Jika anda salah seorang calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan 6 Disember 2016 ini boleh baca selanjutnya mengenai Panduan dan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41/S29.

Untuk pengetahuan, peperiksaan ini dilaksanakan bertujuan mengukur prestasi dan kesesuaian calon dari segi potensi yang dimilikinya untuk dilantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41. Oleh itu soalan-soalan yang dikemukan mengandungi pelbagai bidang yang luas. 

Untuk makluman anda, penulisan kali ini difokuskan untuk berkongsi mengenai contoh soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam bagi Gred S41 dan S29 yang terkini. Di mana, peperiksaan ini melibatkan 3 kertas berasingan yang wajib anda menjawab dengan sebaiknya.


Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41/S29

Oleh kerana, kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) termasuk lulus Program ‘Assessment Centre’ yang akan ditemuduga.

Baca juga: Semakan Keputusan Peperiksaan PTD Gred M41 2016 Online




Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41/S29

Secara umumnya, peperiksaan ini mengandungi tiga seksyen yang perlu calon ketahui untuk menjawab seperti berikut:

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM 

Masa : 40 minit 
Bilangan Soalan : 50 (aneka pilihan) 
Jenis Soalan : Berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam, sosial, sains, politik, sastera, teknologi, ekonomi, sukan dan sebagainya.

1. Sumber perundangan Islam pada zaman Rasulullah adalah berdasarkan adalah;

A Wahyu Ilahi dan Ijtihad Rasulullah 
 As-Sunnah dan Ijtihad. 
C Ijma’ dan Qias 
D Al-Quran dan Ijma'
Jawapan : A

2. Wasiah kepada bukan waris adalah dibenarkan oleh Islam. Walau 
bagaimanapun pewasiat digalak agar tidak mewasiatkan hartanya melebihi 

A 1/2 bahagian 
B 1/3 bahagian 
C 1/4 bahagian 
D 1/6 bahagian 
Jawapan : B

SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

Masa : 45 minit 
Soalan : 40 (aneka soalan) 

i) Kemahiran Logik 

CONTOH SOALAN:

X 36 216 1296 
1. Apakah nombor yang sesuai menggantikan X? 
A 3 
B 4 
C 5 
D 6 
Jawapan : D 

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada 
cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara 
random atau rawak, berapa kebarangkalian (probability) pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-
kanak. 

Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan 
Dewasa 52 68 
Kanak - kanak 104 136 
A 1/3 
B 2/3 
C 1/4 
D 2/4 
Jawapan: B 

Teknik Menjawab: 
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 
 = 360 orang 
Jumlah pengunjung kanak-kanak =104 + 136 
 = 240 orang 
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 
 = 2/3 

iii) Konsep Matematik 

CONTOH SOALAN:

MAC 
28 
JUMAAT 

1. Kalendar di atas menunjukkan bulan Mac yang terdapat pada tahun 
tertentu. 5 April bagi tahun yang sama jatuh pada hari 
A Khamis 
B Sabtu 
C Jumaat 
D Ahad 
Jawapan : C 

SEKSYEN C - KEFAHAMAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS 
DAN BAHASA ARAB 

Masa : 45 minit 
Soalan : 40 (aneka soalan) 

1. Menurut pengarang, sistem pendidikan negara selepas merdeka mengalami 
perubahan pesat dari segi 
A aliran 
B jumlah pelajar dan guru 
C bahasa pengantar 
D fizikal dan kandungannya 
Jawapan : D 

2. Sistem pendidikan mempunyai sifat vektor, bermaksud 
A bersifat sejagat 
B bersifat dinamik 
C mempunyai visi dan misi 
D mempunyai halangan dan cabaran 
Jawapan : C 

3. Perubahan dalam sistem pendidikan negara adalah disebabkan oleh faktor-
faktor berikut 
I perkembangan ilmu yang pesat 
II Perkembangan sains teknologi 
III Pembinaan sekolah 
IV Permintaan masyarakat 
A I, II dan III 
B I, II dan IV 
C I,III dan IV 
D II, III dan IV 
Jawapan : B




Perhatian, calon sekali lagi dinasihatkan dan diingatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon yang menduduki peperiksaan mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna anda peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 adalah lebih 
baik.

Pautan: Panduan dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Jika calon ingin tahu lagi panduan atau teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Agama Gred S41 atau S29, anda perlu mencari sendiri di laman web yang menyediakan ebook kepada anda untuk membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan yang sebenar. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda semua dan kalau sudi kongsikan kepada umum untuk diketahuinya. Jika nak dapat ebook rujukan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41/S29, boleh dapatkan DI SINI.

2 comments.. read them below or add one

Pha Is Pha Is November 29, 2016
mesti ramai yg cari ni.. pandai pancing SEO.
Elih Japahar Elih Japahar November 29, 2016
Pasti ramai calon yg cari tip dan panduan ni..