Header Ads

Senarai Peserta Lawak Solo Musim Pertama 2016

Program realiti komedi terbaru Astro Warna iaitu Lawak Solo 2016 musim pertama telah pun mula bersiaran sejak beberapa hari lalu. Seramai 10 peserta telah dipilih dan mereka akan dibimbing oleh barisan pelawak terkenal tanah air seperti Nabil Ahmad, Douglas Kim dan Ebby Yus. Realiti komedi 'Lawak Solo' bersiaran untuk mencari bakat baru pelawak 'stand up comedian' yang kini makin mendapat perhatian di kalangan masyarakat.


Ke semua peserta bakal diadili dua juri tetap iaitu Dato' AC Mizal dan Saiful Apek. Selain itu, turut diadili juri jemputan yang akan diundang setiap minggu. Format pertandingan realiti komedi Lawak Solo akan diadili menggunakan khidmat penjurian profesional sebanyak 70% dan undian penonton sebanyak 30%.

Lawak Solo dijadualkan bersiaran pada setiap hari Jumaat bermula 21 Oktober 2016 pada jam 10.00 malam menerusi Astro Warna dan Mustika HD. Dihoskan oleh pelawak terkenal iaitu Johan. Juara yang bakal dinobatkan pada minggu terakhir akan menerima ganjaran lumayan wang tunai berjumlah RM80,000 berseta trofi.

SENARAI PESERTA LAWAK SOLO MUSIM PERTAMA 2016

1. DANIAL (Mohamad Danial bin Mohd Zaini) 23 tahun - Pulau Pinang
2. MAD SABAH (Achmad bin Rusli) 28 tahun - Sabah
3. NIZAM (Mohd Norhizam bin Mohd Yusof) 35 tahun - Selangor
4. AG HAFIZ (Mohd Hafiz bin Abdul Ghani) 31 tahun - Perak
5. AARON (Aaron Aw Teik Hong) 31 tahun - Kuala Lumpur
6. WAN GEGAU (Mohd Saffuan bin Samsudin) 29 tahun - Melaka
7. KC NAZARI (Ahmad Fadli bin Mohd Nazari) 33 tahun - Seremban
8. DINN (Nor Hisyabudin bin Bahar) 31 tahun - Kedah
9. FIKRI (Ahmad Fikri bin Ahmad Ibrahim) 22 tahun - Kedah
10. RIDZUAN (Muhammad Ridzuan bin Ahamad Hasbullah)  22 tahun - Pahang




No comments

Powered by Blogger.